KESELAMATAN DIRAGUI-KES BULI

Assalamualaikum, selamat malam buat semua. Semuga anda semua dalam lindungan Nya.
Ita terpanggil untuk berkongsi rasa mengenai mangsa buli di asrama penuh yang tentunya tempat pelajar-pelajar terpilih dan cerdik. Ita tidak menyangka sekali kejadian itu berlaku di sekolah tersebut. Sangka Ita, bila sekolah yang mengumpulkan budak-budak yang cerdik pandai macam tu.. kejadian macam tu tidak berlaku.

Itu yang kita dapat ketahui, keraguan mulai timbul jika ada kejadian yang sebelum ini macam  mana? Ita tidak sanggup melihat dan menonton dengan lebih lama video itu. Berjuraian air mata., tak dapat ditahan lagi. Astagfirullah halazim.. tergamaknya si pembuli membuli kepada yang tidak boleh melawannya. Tidak terfikirkah olehnya ia satu ketidakadilan walaupun mangsa buli itu berbuat salah. Jika mangsa buli itu bersalah sekali pun.., bukan begitu cara membalasnya. 

Lebih menyedihkan bila melihat video mangsa buli yang terbaru sekejap tadi di Berita TV3, masyallah.. seorang budak lelaki, pada amatan Ita lebih kurang 13 ke 14 tahun budak tu.. dibuli oleh senior-senior yang jauh lebih tua. Mangsa seorang di buli ramai-ramai macam tu.. Adilkah?? Kenapa timbul kejadian tu kalau benar di asrama. Adakah tiada lawatan warden asrama ke bilik  murid-muridnya. Dengan begitu kuat budak itu meraung kesakitan, tiada yang mendengar kah dari luar. Cuba bayangkan kalau anak anda mangsa kejadian itu. Ita yang tidak mempunyai kaitan  dengan mangsa pun terasa tertekan dengan kejadian itu. Negara kita yang kita rasa kan aman damai dan penduduknya berbudi bahasa, wujud juga insan-insan seperti ini.

Ita berharap sangat agar pihak polis akan dapat mengesan pembuli-pembuli itu dengan seberapa segera kerana Ita khuatir mangsa yang tentunya trauma berada dalam keadaan ketakutan selagi pembuli-pembuli tidak diambil tindakan. Jangan lah pihak sekolah menyembunyikan perkara seperti ini jika ada. Sentiasa fikirkan kalau anak anda di tempat mangsa macam mana. Tambah lagi ibu bapa memberi harapan yang tinggi kepada pihak sekolah dalam mendidik dan menjaga keselamatan anak mereka semasa anak mereka berada di sekolah tersebut.

Lebih menyedihkan, jika mangsa adalah dari golongan miskin, lagi lah tidak terbela nasib si mangsa. Macam mana nak menghubungi keluarga kalau keluarga mangsa susah dan tidak mempunyai talifon. Macam mana mangsa nak mengadu kepada keluarga, kerana risau memikirkan harapan keluarga yang mahukan anaknya berada di asrama untuk mendapat masa depan yang lebih baik. Fikir lah anda semua.. Didiklah anak-anak kita untuk menjadi manusia yang baik, sabar, patuh pada perintah Allah. 

Doa Ita pada mangsa, agar Allah melindungi nya. Insyallah ganjaran akan adik perolehi. Percaya lah doa orang-orang yang teraniaya amat mujarab sekali. Kepada pembuli, jangan lah diturutkan rasa hati, walaupun mangsa buli itu bersalah, carilah cara lain untuk menyelesaikannya. Bukan membuli seperti itu. Allah tidak suka perbuatan itu. Semuga akan menjadi pengajaran buat semua.

Terima kasih.

Comments

Popular Posts