KESIHATAN

Hidup, Mati, Sakit, Sihat...semuanya kehendak Allah snt..


Assalamualaikum.., pada hari rabu yang lalu Ita ke Sunway untuk melunaskan temujanji dengan doktor di Sunway Medical Center. Mulanya rancangan nak pergi dengan flight kerana tak mahu bermalam disana tetapi terasa seperti susah nak bergerak kerana akan bergantung kepada teksi sahaja. Tiga kali buka online booking ticket flight, Firefly.. last2 ambil keputusan nak pergi dengan kereta. Tapi penatnya Tuhan saja yang tahu..

Sampai di Sunway, hubby terus cari hotel..nasib baik senang dapat. Sebenarnya dah lama betul tak pergi ke Sunway, last sekali rasanya tahun 2000 masa Ita belajar di Uitm, Shah Alam. Masa tu Ita dan suami tinggal di rumah saudara di Pulau Indah. Dia bawa Ita dan suami berjalan-jalan di Sunway Piramid, selepas itu Ita tak lagi pergi ke sana. Dalam hati mesti sesat ni..sebab tak pernah pergi sendiri. Alhamdulillah.., kami sampai tanpa tersesat..ha..ha.. 


Sampai di hotel, kami terus letak barang dan pergi makan tengahari walaupun masa tu jam dah menunjukkan 4 petang. Masuk hotel, Ita terus rehat. Hubby ajak Ita ke Sunway Piramid tapi Ita memang dah tak larat sangat. Terus tertidur dan membiarkan hubby dan Adam sahaja pergi kemana diaorang nak pergi. Ita nak layan tidur ajer..

Balik ke Hotel, Ita capai camera.. tengok2.. eehh..banyak jugak bergambar ni.. walaupun teringin sangat nak pergi, tapi rasa tak sihat membataskan keinginan Ita itu. Hubby sibuk jer nak sewa kerusi roda kat situ. Katanya, dia dah tanya..sewanya cuma RM50 aje.. hmm.. tak kuasa Ita nak meronda2.. dalam keadaan yang tak sihat. Terasa semuanya..tak memberi makna.. nak rehat..nak rehat.. itu ajer yang ada dalam fikiran.


Kalau tengok pada gambar2 yang diambil ni, nampak sangat cantik tempatnya. InsyaAllah bila sihat nanti, Ita nak ke situ lagi..
Kemana Ita pergi, Ita selalu ajer nak bawa Adam. Ita sanggup talifon cikgunya untuk mendapatkan kebenaran tak pergi ke sekolah. Tak mahu berpisah lama dengannya. Pengalaman yang lampau, bila bertugas jauh dari nya membuatkan Ita tak senang duduk. Alhamdulilah..nasib baik tak lama.. Ita dapat kembali ke pangkuan suami dan anak-anak..


Selepas habis jer appoiment dengan doktor..ya agak lewat.. kami terus ke kedai makan untuk makan malam sebelum solat maghrib dan terus mengambil keputusan untuk pulang terus ke Kota Bharu.. Walaupun pada asalnya kami mahu pulang ke esokkannya. Tapi memikirkan Avin tengah exam SPM, Ita mengubah rancangan untuk terus pulang dan alhamdulillah pagi tadi hampir kul 6 pagi Ita selamat sampai di Kota Bharu. aduhs! penatnya.. hingga ke malam ni masih terasa..

Comments

Popular Posts