KUIH BAKAR PANDAN

KUIH BAKAR, HIDANGAN KAMI UNTUK BERBUKA..





Assalamualaikum... Hari ini Ita nak share kan menu berbuka kami. Untuk lauk, Ita masak ringkas aje sebab Adam suka ikan merah yang di goreng kunyit. Jadi Ita lawankan dengan Sayur lemak kobis bercampur lobak merah. Untuk resepi tu.. Ita tak sertakan disini kerana Ita dah masukkan sebelum ini dibawah tajuk sayur ya. Bila puasa dibulan biasa ni rasa mencabar sikit..hi..hi.. ya lah rasa letih tu berganda sedikit berbanding puasa di bulan puasa. Perasaan Ita aje tu..

Untuk kuih pulak, Ita buat Kuih Bakar Pandan kegemaran suami. Buatnya tak susah.. senang sangat. Kalau tetamu datang pun sempat lagi nak membuatnya. Nak cakapnya betapa simple kuih ni.. Kalau yang duduk Kuala Lumpur, tiba hari minggu tak payah susah susah nak keluar beli kuih bagai. Just, masuk dapur, kacau-kacau dan terus bakar. Siap..

Tak mahu cerita  panjang-panjang, Ita terus ke resepinya ya.. resepi ni Ita  dapat satu acuan kat atas tu dan satu lagi acuan kecil sebesar cawan... dengan hanya secawan gandum you..




KUIH BAKAR PANDAN

Bahan-bahannya:

3 biji telur
1/2 cawan air pandan (dari 4 helai daun pandan)
1 cawan santan
1/2 cawan gula
1 cawan gandum
sedikit minyak untuk disapu pada acuan


Cara-caranya


  1.  Campurkan semua bahan kecuali minyak.
  2.  Kacau sebati dengan whisk.
  3. Jangan ada yang berketul.
  4. Sapu minyak pada acuan.
  5. Masukkan adunan dan bakar selama 45 minit.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidang.
  7. Jika suka boleh ditaburkan dengan bijan bila kuih separuh masak.

Tentunya kuih ini mudah sekali. Senang nak buat dan senang juga nak habiskannya. he..he.. jadi.., jangan malas-malas..tak susah dok kat dapur.., dengar akak cakap ni..he..he..


Assalamualaikum.



                             SELAMAT MENCUBA



















Comments

Popular Posts