Sunday, 2 November 2014

KUIH KOCI

KUIH KOCI WARISAN NENEK...


Assalamualaikum... apa khabar semua.. harap semuanya dalam lindungan Allah. Macam-macam berita yang menyedihkan pendengaran kita sekarang ya. Penculikan, bencana alam, mangsa keganasan dan banyak lagi. Terkadang terfikir di minda Ita. Kenapalah manusia semakin kejam dan sudah hilang pertimbangan. Kejadian dan perbuatan manusia seolah-olah tiada pegangan agama lah menyebabkan Allah turunkan pelbagai malapetaka. Memang betul dunia akhir zaman, tapi ramai jugak yang telah berdakwah untuk menginsafkan kita semua jika berbanding dengan 30 tahun dulu. Dulu kurangnya pendakwah, jenayah pun kurang. Pendakwah kini kian mencabar dalam melunaskan tanggungjawabnya.

Manusia seolah-olah tidak mahu fikir apa yang akan bakal mereka terima di akhirat kelak. Sanggup melakukan apa sahaja asalkan hajat mereka tercapai. Tidak mahu memikirkan jika hajat mereka tak tercapai itu adalah dugaan Allah semata-mata. Jadi untuk meneruskan kehidupan seharian pun kita tidak setenang dulu. Buat apa-apa pun selalu kena fikir takut nanti pelbagai ancaman yang timbul, sehinggakan melepaskan anak-anak ke sekolah pun terasa takut. Terpaksa menunggu anak diluar pagar sekolah sebelum waktu anak habis belajar lagi semata-mata mahu memastikan keselamatan di depan mata. Subhanallah...

Namun hidup harus diteruskan demi kelangsungan hidup. Sentiasa lah kita berzikir dan berdoa agar senangtiasa dalam lindunganNya. Amin.

Hari ini Ita nak kongsikan satu resepi warisan nenek, yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas iaitu kuih koci. Resepi ini banyak variasinya, ini adalah salah satu kuih yang menjadi favourite kami sekeluarga. Tak mahu panjang celoteh ku, Ita teruskan dengan resepinya ya..

KUIH KOCI

Bahan-bahannya:

Inti:
1 cawan kelapa parut
1 keping gula melaka
1/2 senduk gula pasir
secubit garam
1 helai daun pandan

kulitnya:

2 1/2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung beras
1 cawan santan pekat
1/3 cawan air
secubit garam
sedikit minyak

daun pisang yang di layur

Cara-caranya:
  1. Inti: campur semua bahan inti dan masak didalam kuali hingga kering.
  2. sejukkan sebelum digunakkan.
  3. Campur semua bahan kulit hingga jadi doh.
  4. Leperkan dan letak inti didalamnya, tutup dan bentuk bulat.
  5. Ambil daun pisang, bungkus bentuk seperti didalam gambar.
  6. kukus selama 15 minit.

Okey dah siap. kan mudah saja tu.. orang-orang tua zaman dulu memang resepinya  ringkas dan mudah sebab mereka juga tak menpunyai masa yang banyak sebab nak buat kerja lagi. ke ladang ke.. ke kebun ke.. ke sawah ke..kan. sebab itu mereka juga sebenarnya suka buat kuih muih yang ringkas-ringkas..agak Ita lah..ha..ha..

okey bye.. Assalamualaikum...