Monday, 24 November 2014

KUIH KOLEH KACANG


Assalamualaikum.. Apa khabar semua. Hari ni Ita nak kongsi kuih tradisi lagi. Ita tak pasti kuih ni ada tak kat tempat lain selain Kelantan. Sebab resepi ni Ita dapat dari mak yang suka sangat dengan kuih-kuih lama. Ita dulu.. masa tinggal ngan mak.., tak suka sangat dengan kuih-kuih lama ni. Tapi bila suami amat mengemari., secara automatik nya terjadi rajin nak membuatnya.. he..he..


ek eleh... bila suami suka baru nak buat ya.. hi..hi.. macam tu lah kita orang perempuan. Semua benda kalau suami suka, kita akan cuba adakan. Ya lah.. nak cakapnya.. kalau suami happy.., kita pun turut terhappy sama. cuma satu jer.. kalau suami suka.., kita tak suka.. apa dia?? Kalau dia suka kat perempuan lain..,  ya tak? hu..hu.. yang tu.. memang tak dapat dimaafkan.. ish.. tak nak lah.. tak nak cerita bab tu.. ngeri..

Meh.. Ita kongsikan resepinya dengan teman-teman semua.



KUIH KOLEH KACANG



Bahan-bahannya
1 cawan beras
1 cawan kacang hijau
3 keping gula melaka
1/2 cawan santan pekat           
4 cawan air

Cara-caranya:

  1. Beras di goreng tanpa minyak hingga perang. ketepikan.
  2. Kemudian goreng tanpa minyak kacang hijau hingga bertukar warna menjadi gelap. Guna api perlahan. 
  3. Kisar beras dan kacang hijau hingga halus.
  4. Dalam periuk atau kuali, masukkan air dan gula melaka. Masak hingga mendidih dan gula melaka hancur. 
  5. Angkat dan tapiskan. Masuk semula ke dalam kuali tadi. Masukkan santan. Kacau.
  6. Bila mendidih, masukkan kacang hijau dan beras kisar tadi.
  7. Kacau hingga pekat.
  8. Kacau tanpa henti ya.. dan pastikan api perlahan.
  9. Bila pekat, masukkan ke dalam loyang.
  10. Biarkan sejuk dan keras sebelum dipotong..


emm.. gambar ni ada dua sessi, yang kat atas tu.. yang Ita buat beberapa hari lepas dan yang loyang bulat ni.. yang Ita buat hari ni..

Kan tak susah, senang jer... Cuba lah..

Bye, assalamualikum..