MEE GORENG MAMAT


Assalamualaikum... harap semuanya dalam keadaan yang baik-baik ya. Allah selalu menguji kita kerana dia mahu kita mengingati Nya. Normal nya, kalau kita susah.., kita akan ingat pada Nya. Lalu kita berdoa semuga dijauhkan dari kesusahan dan kedukaan yang kita alami.   Dan doa itulah yang mengeratkan hubungan kita dengan Allah. Jadi, bersabarlah dengan setiap ujian Nya dan berdoalah dan minta lah dengan Nya. Kerana Dia maha pemurah dan maha penyayang.

Pagi ini Ita nak kongsikan satu resepi express bagi yang tak mempunyai masa yang banyak untuk menari-nari didapur. Kebetulan Ita akan ditinggalkan suami beberapa hari ni.. kerana hubby akan out station. Sebelum berangkatnya dia.. Ita nak buat hidangan kegemarannya, Mee Goreng Mamat. Entah kenapa.. hubby suka sangat dengan hidangan mee. Tak kisah lah mee apa-apa pun. Mee kari ke.. mee goreng basah ke.. mee sup ke.. segala-gala tentang mee memang dia suka sangat.

Macam biasalah kita sebagai chef dia ni.., memang nak buat yang terbaik ikut permintaan lah. Dah tahu dia suka mee, nah..ambik engkau.. nak sangat. Bertambah-tambah pulak tu.. Katanya, kena makan banyak, sebab bila sampai Putra Jaya nanti baru jumpa makanan pulak. Hmm.. macam takde kedai sebelum sampai situ.. kat Kuala Lipis, Bentong dan Raub pun boleh singgah sebenarnya... saje lah tu.. malas berhenti.. Take care ye bang..



Tak kisah lah bang.. janji selamat pulang ya..  Lagi satu.., jangan lupa pulak birthday kita bulan depan.. hi..hi.. Nangis kita kalau terlupa.. Kita tak kisah apa-apa pun.., janji abang tak lupa.. hi..hi..

Berbalik kita kepada resepi mee goreng mamat ya.. Ita masukkan mana bahan-bahan yang Ita ada jer.. kalau nak tambah-tambah lain tu.., ikut kreativiti sendiri ya.


MEE GORENG MAMAT

1 peket mee kuning
1 batang sawi - dipotong
1 biji telur
1 slice daging burger - lecek2kan ya
1 batang daun sup
1 biji cili merah-hiris
1/2 biji limau nipis 
1 biji tomato - hiris bulat
1 camca teh garam
1/2 kiub pati ayam
sedikit minyak untuk menumis
4 sudu besar kicap pekat manis

bahan kisar

1 sudu besar udang kering
5 biji cili kering - cuci dan rendam air panas 
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 biji tomato
1/2 cawan air


Cara-caranya:


  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau. 
  2. Masukkan daging burger, kacau. Ita guna daging burger sebab daging takde stok, he..he..
  3. Masukkan garam, serbuk perasa jika suka dan kiub pati ayam.
  4. Masukkan kicap, kacau rata. Masukkan sawi.
  5. Kemudian masukkan telur kacau cepat-cepat supaya telur tadi hancur.
  6. Masukkan mee, goreng hingga hampir kering.
  7. hidangkan dengan taburan hirisan cili merah, daun sup, tomato dan perah limau nipis bila nak makan.
Happy tengok hubby makan dengan seleranya. Okey.. hingga ketemu lagi. Selamat mencuba ya..

Assalamualaikum..

Hamba Allah..


Comments

Popular Posts