NASI LEMAK PANDAN

NASI LEMAK PANDAN BERSAMA SAMBAL UDANG


Assalamualaimkum.. apa khabar semua.. entah kenapa sehari dua ni.. mood Ita hilang entah ke mana. Buat kerja apa pun rasa serba tak kena. Kesihatan pun tak menampakkan lebih posotif.., rasa camtu jer.. namun Ita tetap juga mencuba pelbagai cara. Panjang jugak rasanya ujian Allah kali ini.  Nak berblog pun rasa hilang je mood.

Namun pagi ini Ita rasa kembali ceria bila dapat berkumpul anak beranak bersama. ya lah hari cuti, seronok berada kat dapur, bila suami dan anak-anak sama-sama memasak bersama-sama. Hujan yang lebat tanpa henti, menyebabkan suami tak mahu kemana-mana kecuali menghadiri kenduri petang nanti bersama-sama anak-anak. Nampaknya Ita di rumah seorang diri lagi lah.

Hubby mencadangkan masak apa saja yang ada didapur. Malas betul dia nak ke pasar setelah hujan tak henti-henti dari malam tadi. Takut hujan rupanya. Tak macam Ita, Ita suka mandi hujan.. itu masa kecil-kecil dulu lah..he..he.. Dan besar panjang macam ni.. malu la pulak nak mandi hujan walaupun dalam hati terdetik sangat nak mandi hujan bila tengok hujan turun,..hi..hi... Tapi dapat tengok hujan pun dah terasa seronoknya. Bila aje hujan..cepat-cepat duduk kat beranda rumah tengok hujan turun..bestnya..

Eh..eh..panjang pulak cerita nya ya.. Jom lah kita intai dapur Ita, apa yang kita orang anak-beranak breakfast pagi ni..

Jeng..! jeng..! Nasi lemak Pandan bersama sambal udang. Ha..tu dia.. letak pulak telur goreng mata kerbau.. mau tak bertambah-tambah nasi tu..


NASI LEMAK PANDAN

Bahan-bahannya:

3 cawan beras
4 cawan air
1/2 cawan santan pekat
3 helai daun pandan-simpul
3 helai daun pandan-kisar, ambil jusnya
1 sudu kecil garam
4 ulas bawang merah-hiris
1 inci halia - hiris
1/3 sudu kecil pewarna hijau


Cara-caranya:

  1. Dalam periuk nasi elektrik, masukkan semua bahan-bahan diatas dan masak seperti nasi biasa.
  2. Bila masak boleh lah dihidangkan bersama sambal udang.

SAMBAL UDANG

Bahan-bahannya:

2 sudu besar tomato puree
2 cawan udang sederhana besar
1 biji bawang besar- potong bulat
4 sudu besar minyak masak
1 camca teh garam
1 sudu besar gula pasir
1 keping asam keping
1/2 kiub pati ikan bilis
1 biji cili merah-hiris
1 biji cili hijau-hiris

Bahan Kisar:

1/2 biji bawang besar
2 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5 biji cili kering-cuci dan rendam air panas sekejap
1/2 inci halia

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar.
  2. Masukkan tomato puree, garam, gula dan kiub pati ikan bilis. Kacau.
  3. Masukkan udang. Bila separuh masak, masukkan santan. Kacau hingga pekat.
  4. Masukkan bawang besar, cili merah dan cili hijau.
  5. Letakkan asam keping.
  6. Sesuaikan rasa.

Haa.. dah siap pun. Cuba lah.anda pasti tak kecewa...ha..ha..iklan lah pulak..

Assalamualikum


Comments

Popular Posts