PUTERI MANDI

PUTERI MANDI KUIH MELAYU..

Assalamualaikum.. apa khabar semua..?? Harap semua nya sihat walafiat ya. Di Kelantan esok dan lusa adalah hari cuti Sultan Kelantan. Tentu ada yang mengambil kesempatan untuk berlibur dimana-mana. Tak kurang juga dengan jemputan kenduri kahwin yang begitu banyak. Seperti orang lain, Ita tak terkecuali mendapat jemputan dari jiran-jiran, saudara mara dan kawan-kawan. Namun keterbatasan dengan kesihatan yang tak mengizinkan Ita menghadiri majlis-majlis ini menyebabkan Ita mengambil keputusan membiarkan suami dan anak-anak sahaja yang hadir ke majlis itu nanti.

Petang kemarin, Ita menyediakan kuih melayu lama untuk suami dan anak-anak sebagai hidangan petang. Seperti biasa, tanpa diundang suami akan terus ke dapur bila pulang dari tempat kerja. Walaupun Ita tidak menyediakan apa-apa kuih muih, ia tetap ke dapur walaupun sekadar menikmati secawan nescafe. Sebab itu, seboleh-bolehnya, Ita sedaya upaya nya akan sentiasa menyediakan kuih muih untuk hidangan petangnya. Apatah lagi dengan anak-anak yang sentiasa ada untuk membantu Ita di dapur.

Puteri mandi, Ita tak pasti asal namanya tapi kalau di Kelantan, kuih ni..memang mudah didapati dipasar-pasar atau gerai-gerai yang menjual kuih muih. Seperti biasa, Ita kalau dulu memang tak berapa gemar akan kuih-kuih lama. Tapi ma (ibu Ita) selalu membuatnya untuk hidangan ayah kami. Ita memang tak menikmatinya langsung sebab Ita tak suka tapi bila berumahtangga dan suami pulak sukakan kuih-kuih lama.., Ita jadi boleh terikut-ikut pulak. Lama  kelamaan Ita mula membuat kuih kuih tradisional ini di rumah. Rupanya.., tak susah mana pun. Ya lah kuih kuih orang lama bukan nya menggunakan bahan-bahan yang susah di dapati malah mereka menggunakan bahan-bahan yang ada disekitar mereka aje.



PUTERI MANDI

Bahan-bahannya:

30 gm  tepung gandum
2 cawan tepung pulut
1 sudu teh air kapur
2 1/3 cawan air
secubit garam
pewarna merah, hijau dan kuning
150 gm kelapa parut
1 cawan gula
2 sudu besar gula merah
1/2 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-caranya:
  • Didalam kuali, masukkan kelapa parut, air 1/2 cawan, gula dan gula merah serta daun pandan.



  • Dalam mangkuk, masukkan tepung gandum, tepung pulut, garam, 2 1/3 air dan air kapur. Gaul sebati hingga jadi doh.
  • Bahagikan kepada 3 adunan dan warnakan dengan warna merah, kuning dan hijau.



  • Panaskan air didalam periuk dan bulatkan adunan dan masukkan ke dalam air mendidih.
  • Bila ia muncul dipermukaan air, bolehlah diangkat.
  • Ulangi hingga adunan habis.





  • Masukkan ke dalam kelapa adunan kelapa tadi dan kacau.




    1. Okey.. dah siap pun. Ita kalau kuih-kuih yang manis manis, biasanya tak makan banyak. Beringat-ingat., jangan sampai terkena penyakit kencing manis pulak. 

      Okey.., semuga ia nya menjadi perkongsian yang bermakna buat kita. Jadikan kita orang yang paling ringan tulang untuk membuat hidangan kepada suami anak-anak kita ya. Semuga usaha kita tidak sia-sia. Insyaallah..


      Bye ..,

      Assalamualaikum..



      Comments

      Popular Posts