Tuesday, 25 November 2014

SAYUR LEMAK PUCUK KELEDEK


Assalamualaikum.. semuga semuanya sihat-sihat ya. Just nak kongsikan resepi tradisi dari mak ni dengan kamu semua. Mana yang tak pernah cuba tu.. better cubalah.. tak susah mana pun. Biasa lah kami asal orang kampung, dah terbiasa dengan masakan kampung.. jadi lidah ni nak makan masakan kampung aje lah. Seingat Ita lah, ma (mak) selalu nya guna kan hidangan seharian nya dengan apa yang ada disekitarnya aje. Namun tetap sedap pada tekak kami adik beradik..

Kali ini nak lah Ita kongsikan suatu masakan yang tak pernah kami jemu-jemu memakannya, walaupun dah berpuluh puluh tahun hidangan ini menjadi salah satu hidangan tengahari atau malam kami. Kalau dulu.., ma cuma petik pucuk keledek dan keledek di kawasan tanamannya tapi untuk melunaskan keinginan Ita ni, Ita terpaksa beli dekat pasar.. he..he.. tu pun kena tengok tempat jugak lah.. kena cari pasar tani arah ke kawasan kampung sikit. Maklumlah.. pucuk keledek ni takde jual pulak kat pasaraya.

SAYUR LEMAK PUCUK KELEDEK

Bahan-bahannya:

1 ikat pucuk keledek
1 biji keledek-cuci dan potong sederhana kecil
1/2 cawan santan
1.5 liter air
1 camca teh garam
1 biji cili merah

1 keping asam gelugor

Bahan-bahan kisar

3 biji bawang merah
1 camca teh lada hitam
1 ekor ikan kembung - dibakar dahulu

Cara-caranya:


  1. Masukkan air dan bahan kisar ke dalam periuk.
  2. Masukkan keledek yang sudah dipotong.
  3. Bila mendidih dan keledek empuk, masukkan santan. Tunggu hingga mendidih. kacau selalu supaya santan tak berketul ya..
  4. Bila mendidih masukkan pucuk keledek yang sudah dipotong.
  5. Masukkan garam dan asam gulugor.
  6. Sesuaikan rasa.
  7. Enak dihidangkan dengan nasi panas-panas..