TELUR MASAK KICAP

TELUR MASAK KICAP YANG SEDAP WALAUPUN RINGKAS..


Assalamualaikum.. apa khabar semua. Ita harap semuanya dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya. Lama terasa tinggalkan blog ni.. Ita ke Kuantan kerana ada temujanji dengan pakar dekat Kuantan Specialist. Doakan Ita kembali sihat seperti biasa ya. Ita akan terus berusaha untuk pulih kembali, dan jika ditakdirkan Ita berada dalam keadaan ini hingga akhirnya, Ita tetap akan reda. Siapalah kita untuk menidakkan takdir Allah jika itu ketentuannya, Ita pasrah..

Walaupun, jawapan yang diberikan menyebabkan Ita bersedih sepanjang hari.. namun akhirnya Ita terpaksa menerima yang setiap apa yang diberikan kepada kita ada sebab musababnya. Ya Allah ampunkan lah dosa-dosa ku. Hanya itu yang termampu keluar dari hati Ita. Namun selagi Ita mampu.., insyaallah Ita akan terus berusaha dan berikhtiar mencari penawarnya. Semuga akhirnya Ita diberi kurniaan dari pada Nya, nikmat kesihatan yang baik seperti sebelum ini. Insyallah..

Tak mahu bercerita panjang lebar,.. jom kita layan dulu resepi yang ingin Ita kongsikan dengan anda semua. Kali ini resepi mudah..seperti untuk adik-adik yang baru nak belajar memegang kuali atau baru tinggal kat rumah sewa.. he..he.. Resepi nya adalah Telur Masak Kicap.




TELUR MASAK KICAP

Bahan-bahannya:

4 biji telur
1 biji bawang besar-hiris bulat
3 ulas bawang putih - dihiris
2 ulas bawang merah - dihiris
1/3 cawan kicap pekat
1/2 kiub pati ikan bilis
1/2 camca teh garam
2 biji cili kering-hiris
1 sudu besar gula
minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak. Goreng telur sebiji-sebiji hingga masak.
  2. Angkat. Ketepikan.
  3. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Goreng hingga layu.
  4. Masukkan kicap dan sedikit air jika suka. Kalau nak pekat tak payah masuk air.
  5. Kacau. Masukkan garam, gula dan kiub ikan bilis. kacau.
  6. Akhir sekali masukkan bawan besar dan cili kering. Kacau.
  7. Masukkan telur, gaul rata kicap.
  8. Siap dan boleh dihidangkan. 

Okey dah siap. Ita kalau terdesak, bekalan dalam peti ais dah habis dan malas nak keluar ini lah lauknya. Nak-nak kalau Mr Hubby tak de kat rumah dan anak kat asrama ..he..he.. Masak memang ringkas saiz SS gitu..he..he..

Baiklah.. Ita undur diri dulu muga lain masa kita jumpa lagi..


Comments