UBI KAYU REBUS

UBI KAYU REBUS BERSAMA SAMBAL KELAPA


Assalamualaikum.. salam pagi selasa buat semuanya. Hari ini di Kelantan bercuti sempena keputeraan Sultan Kelantan. Esok masih cuti lagi.. nampaknya Ita berkesempatan untuk bersama keluarga. ermm..memang hari cuti hari yang paling di tunggu oleh Ita kerana Ita masih lagi cuti sakit. Kejemuan berada dirumah menyebabkan hari cuti adalah paling mengembirakan buat Ita kerana semua ahli keluarga berkumpul. Tidak dapat dibayangkan bila anak-anak kembali menyambung belajar nanti. Betapa jemu nya berada dirumah seorang diri. membaca catatan Ben Ashaari memberi sedikit motivasi buat Ita. Ben berkata, hanya pem blogger sahaja yang tahu kegembiraan berada di dunia blogger. Begitulah lebih kurang maksudnya. Ya.., nasib baik ada blog, boleh menghilangkan sedikit rasa boring ketika berada seorang diri di rumah.

Berblog tidak memerlukan Ita bergerak banyak menyebabkan Ita rasa ia sesuai dengan dengan situasi Ita sekarang. Cuma nya, kalau line slow, itu yang menyebabkan rasa kecewa mulai bertandang. Dunia blog memang menarik. Banyak info yang diperolehi. Banyak juga info yang boleh di kongsikan. Ada ilmu jangan kedekut tau..

Pagi ini Ita dan keluarga bersarapan dengan ubi rebus bersama sambal kelapa. Lama betul tak makan ubi kayu ni. Orang tua-tua kata ubi kayu ni makanan zaman Jepun. Tak dapat bayangkan sehari-hari cuma makan ubi kayu sahaja. Tapi nak buat macam mana, hanya itu yang ada pada masa itu. Kali terakhir Ita makan ubi kayu rebus, dua tahun lepas ketika bertugas di Kuantan. Ada satu Restoran kepunyaan orang Thailand. Sedap betul ubi nya. Ni yang teringat nak makan ubi kayu rebus pulak ni.

Okey..cerita sikit-sikit aje yer.. Kita tengok cara nak masak ubi rebus dan sambal kelapa ya..



UBI KAYU REBUS BERSAMA  SAMBAL KELAPA

bahan-bahannya:

1/2 Kilo ubi kayu
1 camca teh garam
1 liter air


Cara-caranya:


  1. Masukkan semua bahan di atas.
  2. Rebus hingga ubi empuk.

SAMBAL KELAPA

1 1/2 Cawan kelapa parut
1 sudu kecil garam
1sudu besar gula

Cara-caranya:

Campurkan semua bahan diatas, gaul rata-rata ya. Bolehlah di hidang bersama ubi kayu tadi.

Okey dah siap. Ita rasa semua orang tahu menyediakan ubi kayu rebus. Ita kongsikan disini kalau kalau ada yang tak biasa buat ubi kayu rebus ni..hi..hi..

Sehingga jumpa lagi. Assalamualaikum..


Comments

Popular Posts