UJIAN BUAT KU

AKU REDHA.. DENGAN SETIAP UJIANNYA..


Salam sejahtera.. tak tahu mana nak mula.. biar Ita mulakan dengan apa yang terlintas diminda Ita di masa ini. Sebagai anak sulung, dan mempunyai 6 orang adik tentunya banyak kerja rumah yang Ita kena buat. Kerana ibu dan bapa Ita memang kuat bekerja. selain waktu belajar, banyak masa Ita dihabiskan dengan membuat kerja-kerja rumah dan menjaga adik-adik. Tiada ruang untuk Ita merehatkan diri atau tidur di waktu tengahari. Tambah-tambah lagi kalau hari minggu, makin berganda kerja-kerja yang harus Ita lakukan. Menguruskan adik-adik dengan pelbagai karenah, menguruskan makan minum adik-adik dan Ita dapat meluangkan masa untuk pelajaran bila waktu malam.

Namun Ita tak pernah merasa terbeban. Mungkin masa itu, yang terlintas difikiran cuma, ingin membantu ibu dan bapa sahaja selain mahu menjadi seorang anak yang patuh. Bila membesar dengan keadaan itu menyebabkan Ita tak pernah boleh duduk diam. Pelbagai aktiviti yang Ita isikan di masa-masa lapang Ita. Keadaan itu berterusan hingga sekarang. Ita tak pernah boleh menyukai tidur diwaktu tengahari. Bukan sikap Ita lah kalau boleh tidur di siang hari kecuali ada something wrong, deman atau sakit..ha..ha..

Dan bila Ita ditimpa sakit seperti sekarang, Ita merasakan banyak perkara yang tak dapat Ita lakukan kerana kesihatan diri telah membataskan pergerakkan Ita. Itu yang nak Ita bagitahu kawan-kawan sekelian. Ita boring sangat2.. Tak tahu nak buat apa. Seharian Ita menunggu hari gelap. menunggu anak-anak pulang dari sekolah agar rasa sedikit terhibur melihat mereka, menunggu suami pulang dari kerja, itu pun kalau dia pulang awal..kadang-kadang sampai jam sembilan malam.. Tak sampai hati menyatakan rasa hati yang Ita telah menunggunya seharian. Kerana Ita tahu..sebab Ita pun bekerja juga, kalau kerja tak siap macam mana mahu pulang. Esok kerja baru pulak, kalau ditangguh lama-lama menggununglah lambakan kerja.. oh..Tuhan!!..

Ini tak di kira hari minggu lagi. Kadang-kadang, suami terpaksa outstation.. Ya Allah.., hanya tuhan saja yang tahu betapa sunyi kalau kita tak dapat berbuat apa-apa dalam kehidupan seharian kita. Ita cuba memujuk hati..ujian Allah ada pelbagai bentuk. Mungkin ini ujian Nya untuk Ita. Ita harus kuat dan tabah dalam menghadapi ujian Nya. bagaimana jika keadaan ini berterusan.. apa yang harus Ita lalui nanti. Tahun depan, kakak dan adiknya akan menyambung belajar, yang tinggal cuma Adam. Bila Adam ke sekolah.. lagi lah sunyi rasanya.

Nampaknya Ita kena fikirkan apa yang harus Ita lakukan untuk mengisi masa seharian Ita. Jalan yang Ita nampak cuma menghadap komputer sahaja kerana ia tak memerlukan Ita bergerak ke sana ke mari. Tapi..tak kan nak menghadap komputer sahaja dari pagi sampai petang..hu..hu..

Kalau boleh bergerak cergas kan best.. boleh lah jugak kembangkan hobi menanam bunga di halaman, tambahlah sikit seri laman rumah Ita..hi..hi... Oh Tuhan.. berapa lama kah ujian ini yang terpaksa Ita tempuh.. Harap ianya dugaan yang sementara sahaja.. Harap kawan-kawan doakan Ita cepat sembuh ya..

Assalamualaikum

Comments