ABUK-ABUK

ABUK ABUK MENGINGATI ITA PADA CIKGU ZAINAB ..



 Assalamualaikum.. selamat malam semua. Kenangan.., Ita tak payah tanya kawan-kawan semua. Kerana setiap orang ada kenangan. Tak kira lah samada kenangan itu pahit atau manis. Begitu jugak dengan Ita. Bila ingatkan kuih abuk abuk.., Ita teringatkan cikgu Ita. Cikgu pertama kat sekolah yang ajar masakan adalah cikgu Norashikin semasa form 1-2 dan form 3 dengan cikgu Zainab yang cantik manis. Kedua-dua cikgu masakan ini sangat cantik. Sampai Ita pernah berangan nak jadi cikgu macam dia. Kalau kena marah pun, Ita tak pernah nak ambik hati atau takut sebab.. Ita memang suka tengok cikgu Ita yang cantik ni. Cikgu Norashikin lembut dan baik hati. Cikgu Zainab pulak.. agak garang sedikit.. tapi tak terkurang kecantikannya walaupun masa dia marah. dia tetap cantik. Bertambah-tambah lah angan-angan Ita untuk menjadi guru. Takde lain lah masa tu.. cita-cita nak jadi cikgu aje.. he..he.. tapi mana mungkin kita menolak takdir yang di berikan kepada kita. Takde rezeki nak menjadi guru rupanya.. Tapi tak mengapa lah.. rezeki Ita dengan bank. Ita reda..

Rezeki dah ditentukan Nya.. terima aje lah dengan dada yang lapang. Namun minat memasak ni.. tak terpadam kat situ je.. menyambung kursus memasak selama 2 tahun selepas itu memang memberi banyak pengalaman buat Ita. Kursus itu termasuk tentang cara serve di hotel dan pengiraan untung rugi dalam katering. Memang berbaloi. Namun apa yang Ita perhatikan, ramai kalangan kawan-kawan Ita yang menjadi guru.., tak pulak mengajar memasak kat sekolah. Nak tahu apa subjek yang diaorang ajar? You know..?? Diaorang ngajar English.. he..he.. betul-betul lari tajuk. Malah seperti Ita juga, tak sangka rezeki Ita dengan bank.. adalah beberapa kawan Ita yang ambik course catering ni.. kerja bank. Lepas tu..bila sambung belajar.. Ita masih dengan bank.. Ita akan joint kelas masakan setiap hujung minggu. Kat Kota Bharu memang banyak kelas-kelas masakan. lagi lah.. Ita tak mahu lari dari dapur. memang menyeronokan.. Bila rasa stress, Ita akan ambil cuti.. buat kek sebiji dua.. lepas tu.. deco-deco cake.. aduhs!.. memang hilang stress.. Itu cara Ita hilangkan stress dengan tugas-tugas Ita..

Ehh.. mesti ramai tertanya-tanya.., bila masa pulak Ita nak sharekan resepi ni.. sabar-sabar..   Sabar ye..

Okey, mari Ita kongsikan resepinya ya..

ABUK ABUK

1 cawan sagu-rendam 5 minit
1/2 cawan kelapa parut
1/2 sudu kecil garam
1 keping gula melaka- dicincang

Cara-caranya:

  1. panaskan kukusan terlebih dahulu.
  2. Sediakan daun pisang. Layur daun pisang terlebih dahulu.
  3. Toskan sagu terlebih dahulu.
  4. Gaulkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan garam.
  5. sediakan daun pisang.
  6. lipat daun pisang seperti kelongsong.
  7. Masukkan satu sudu adunan sagu, letakkan satu sudu gula melaka yang telah dicincang.Masukkan 1/2 sudu sagu lagi.
  8. Lipat kemas-kemas, susun didalam kukusan.
  9. Kukus hingga masak, lebih kurang 10 minit.



Nak tahu cara nak sediakan daun pisang nya.. mari Ita kongsikan dengan kawan-kawan semua ya.. 




Setelah pisang di layur potong daun seperti dalam gambar sebelah. Lipat segitiga.





Jadikan macam ni..



Menjadi bentuk kelongsong, letak sesudi sagu.






Lepas letak inci gula melaka, letak semula 1/2 sudu sagu lagi.















Lipat macam ni dan tutup kemas-kemas ya.




susun dan kukus selama 10 minit.





Okey... itu saja perkongsian Ita untuk malam ini. semuga jumpa lagi.

assalamualaikum..

Comments

Popular Posts