AKU, DIA & ...

Mereka yang ku kenali..


Assalamualaikum... selamat malam semua. Hari ni.. Ita memang betul-betul cuti masak., he..he.. boleh ke macam tu. Breakfast pagi, hubby ajak makan kat luar. Katanya.. nanti otak beku sebab asyik dok rumah jer. kena tengok kat luar jugak. Orang lain dah lari berpindah kerana banjir.., kita ni..dok dalam rumah tak tahu apa.. so.., Ita ambik keputusan ikut kehendaknya, dok jer dalam kereta.. dan biarkan ajer..dia bawa ke mana-mana.. tak payah nak keluar kereta pun.. hujan pun tak henti-henti.. Dia bawa Ita ke jalan menghala ke Tumpat.. oowh.. memang banjir.. sepanjang jalan dipenuhi dengan kereta yang diparking diatas jalan sehinggakan jalan muat-muat untuk sesebuah kereta sahaja pada satu-satu masa..

Rupanya, Ita jer.. tak tahu. memang dengar berita pun.., tak sangka pulak teruk macam tu sekali. Kesian  betul kepada yang terpaksa berpindah-pindah. Ita pulak tak bawa kamera masa tu. Tak dapat lah nak kongsikan gambarannya dengan kawan-kawan. Namun, bukan hal banjir yang nak Ita ceritakan. Hari ini Ita nak bercerita perihal anak-anak sahaja. Bila hujan-hujan macam ni, mereka asyik buat hal sendiri tanpa gangguan pun. Teringat kepada mangsa banjir yang tinggal ditempat pusat pemindahan banjir. tentu nya amat tak selesa. berkongsi dengan orang lain tempat tinggalnya. Rasa syukur sangat-sangat. Betapa bertuahnya nikmat Allah kepada kami sekeluarga. 

Ya lah.. setiap orang ada dugaan dan dugaannya berbeza-beza antara satu sama lain. kalau orang lain dugaannya macam tu.. kami pun tak terlepas jugak dengan dugaan. Allah dah suai padankan setiap dugaan tu mengikut kemampuan kita. Ita takut sekali jika dugaan itu untuk anak-anak Ita. tak sanggup kita sebagai ibu melihat kesusahan anak-anak. Sentiasa nak anak kita berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Jika mereka susah hati kita pun rasa tak sanggup, apatah lagi melihat kesusahan anak-anak yang tak mampu kita nak tolong. Terasa mahu sahaja kesusahan itu berpindah kepada kita.

Mempunyai tiga orang cahaya mata sudah cukup menyerikan kehidupan Ita sekeluarga. Ada suami yang penyayang dan sentiasa menyokong apa yang Ita lakukan. Setelah beberapa tempat Ita tinggal dan berpindah tempat kerja, pelbagai pengalaman kawan-kawan yang Ita dengar. Ada suami yang tak pernah nak menghargai isteri. Hidup tahu nak enjoy sahaja. Tak betah tinggal di rumah, walhal.. kawan-kawan Ita ni bukannya suka bersosial pun. Bila mendengar luahan kawan-kawan yang macam tu.. Ita takut sekali. Ya lah.. kerana kita tak di uji seperti itu, macam mana pulak nasib anak-anak kita nanti. Ita ada dua anak perempuan, sudah tentunya Ita mahukan jodoh yang baik buat mereka.. Ita nak pastikan anak-anak kuat iman agar mereka bisa menempuhi kehidupan mereka dengan baik..


Inilah syurga Ita.. syukur Allah kurniakan untuk Ita. Teman yang sentiasa memahami Ita ketika Ita susah.., apatah lagi masa senang. Bahu ini lah yang Ita lentokkan semasa Ita sedih dan mengadu nasib.   Dari segi pergaulan, dia memang tak ramai kawan. Rata-rata kawan-kawannya semasa dipejabat dan jiran tetangga sahaja. Tak suka lepat di kedai kopi. Yang penting tidak merokok.., itu memang Ita hargai sangat-sangat.. Sentiasa nak tengok Ita happy, walaupun dia tak suka memujuk.. he..he.. adakalanya ego nya tak terlindung jugak.. nampak sangat sangat.. he.he.. tapi Ita faham.. Dia kan suami, mesti dia nak pastikan dia sentiasa bos.. Ita layan je lah.. 

Bila cuti yang lama macam ni.. tak terasa terkurang pun layanannya.. still maintain jer.. Takde lah Ita kecil hati mana. Malah ditatang lagi ada.. belikan novel novel baru untuk Ita. Sampai dia tahu novelis mana yang Ita suka. hari ini beli lagi.. dua buah novel baru.. Dia tahu bila dia pergi kerja esok, Ita tentu kesunyian walaupun ada anak-anak. tak sama dengan ada dia. Bercakap dengan anak tak seperti kawan (dia lah..). Bila anak-anak tengok cerita kartun.., kita nak buat apa.. sunyi ler... Jadi.., ni masanya kita baca novel.

Ishh.. dah tengah malam ni.. Ita stopkan dulu ya.. lain masa ada peluang, Ita coretkan lagi ya. Kepada.. kawan.. Ita tak pernah melupakan kamu.. Walaupun Ita tak call..,  kawan tetap dalam ingatan Ita.. bye..

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts