Wednesday, 3 December 2014

BAHULU CERMAI

Bahulu Cermai yang lembut..



Assalamualaikum.. apa khabar... Macam biasa.. Masih lagi dengan kuih lama. Keadaan yang tak berapa nak baik ni.. Ita buat yang ringkas-ringkas aje.. tu pakai mesin semua. Tak de lah nak memukul telur stail zaman nenek kita dulu-dulu.. sebab tu cepat je dah siap. nak-nak kuih bahulu ni.. mudah sangat. Asalkan pukul telur sampai kembang.. tentu jadinya lah.. Bahan-bahan yang perlukan tak banyak pun. Alhamdulillah.. laku jugak kuih kat rumah Ita. nak-nak si Adam.. memang sukakan kuih bahulu..

Menjadi satu keseronokan pulak dengan kuih-kuih lama ni.. Kenapa Ita kata macam tu.. sebab kebanyakan kuih lama ni.. taklah susah sangat nak membuatnya. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak. Pastu kos pun murah. Makan pulak sedap.. Kebanyakan bahan-bahan yang berada di sekitar kita aje.. Sebab tu.. bila kita perhatikan orang-orang dulu suka membuat kuih dan suka menjamu tetamu. Pantang ada keraian mesti kuih-kuih tradisional yang menjadi hidangan. Takdelah nak menghidang biskut aje.. setiap kali tetamu bertandang.



 BAHULU CERMAI


Bahan-bahannya:

5 bji telur (Ita guna gred A)
200 gm gandum
250 gm gula
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil esen vanila
sedikit minyak untuk disapu pada acuan

Cara-caranya:


  1. Panaskan oven.
  2. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
  3. Masukkan esen vanila dan kacau rata.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  5. Sapu minyak masak pada acuan.
  6. Masukkan adunan ke dalam acuan. Jangan sampai penuh.. biar hampir penuh je.
  7. Bakar selama 15 minit dengan suhu 170C.



Iya... senang jer.. semuga menjadi panduan kepada yang baru nak mengenali cara-cara membuat bahulu. Bolehlah dihidangkan untuk keluarga sambil minum petang atau pagi. Boleh juga sebagai ole-ole bila bertandang ke rumah kawan-kawan.

Okey..bye..

Assalamualaikum..

Hamba Allah..