BANJIR PART 2

BANJIR OH BANJIR...


Assalamualaikum...  Bila air makin naik, Ita, suami dan anak-anak berkemas-kemas untuk menunggu bot bomba datang mengambil kami. Kami bawa apa yang penting-penting sahaja. Bila sampai di tempat tinggi van bomba sudah menunggu untuk menghantar kami ke pusat pemindahan. Oleh kerana majikan Ita telah menyediakan hotel untuk kami menginap, Ita memilih untuk tidak ke pusat pemindahan banjir yang di sediakan. 

Apa yang lebih menyedihkan, kami tidak dapat pergi ke sana kerana air telah melimpahi jalan raya dan kenderaan  tidak dapat ke sana. Jadi kami memilih untuk tinggal ditempat lain. Masa tu.. Ita cuma rungsingkan kerete-kereta kami yang tak sempat dialih ke tempat tinggi kerana kedudukan rumah Ita telah terkepung oleh banjir.

Hari kedua, suami dan anak-anak mengharungi banjir untuk pulang melihat rumah dan mengambil makanan kerana hampir kesemua kedai dan pasaraya kehabisan barang kerana diserbu pelanggan. Nasib baik sebelum banjir, encik suami dah beli banyak barang dapur. Ini lah gambar anak-anak Ita yang pulang ke rumah sekejap untuk mengambil barang-barang keperluan.

Kesian anak-anak ku... dengan air yang terlampau kotor.. diredahinya dengan penuh tabah.. Air banjir kali ini memang penuh dengan lumpur-lumpur. menyebabkan anak-anak Ita mengadu kulit badan menjadi gatal-gatal. Namun Ita mampu lagi bersyukur kerana ada lagi yang lebih menyedihkan. Rumah hanyut, rumah tenggelam, kereta tenggelam, anak hilang di bawa arus. Lebih bernasib baik kerana saudara mara Ita ramai disini. Syukur sangat-sangat..


Semuga dengan pengalaman ini, kami sekeluarga menjadi tabah dan lebih insaf atas kesusahan orang lain. Mempunyai duit tetapi tidak dapat membeli makanan kerana sumber makanan tidak dapat sampai ke tempat kami. Sekurang-kurangnya kita dapat memikirkan macam mana orang yang susah menahan lapar kerana tidak mampu untuk membeli makanan. Malah yang lebih menyedihkan ada yang terpaksa tinggal dibawah jambatan untuk meyelamatkan diri.

okey itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum..

Comments