BANJIR PART 3

SELEPAS BANJIR.. PENATNYA..



Salam sejahtera.. cerita banjir lagi.. Hari ini adalah hari ke enam banjir di rumah kami. Hari ini surut sepenuhnya.Masallah.. tengok kesannya., seperti tak terbersih rasanya. mahu pengsan melihat pelbagai sisa dan sampah sarap. Adooiii... mak tolong...

Gambar-gambar dibawah adalah suasana bandar Kota Bharu kemarin. Ita merasa amat sedih sangat dengan suasananya.

Ita di rumah, amat bersyukur sangat kerana ada anak-anak yang boleh membantu mengemas dan mencuci rumah kami. kalau lah dua anak perempuan Ita pergi belajar, rasanya mahu pengsan hubby yang kena buat seorang diri.

Perabot yang rosak tak usah nak cerita lah.. yang tinggal hanya perabot jati sahaja yang nampaknya masih gah.. yang lain tu.. innalillah lah jawabnya.. Water pump memang rosak terus.. empat peti sejuk.. yang nampak dah rosak satu.. yang lain tu.. tak tahu macam mana nasib lagi. Pintu rumah 3 yang rosak. lantai tempat letak kereta dah retak.. hai.. teruk ke.. tak tahu nak kata..

Ita sertakan gambar-gambar suasana Kota Bharu, kemarin Isnin 29 December 2014.







Ada kawasan yang tak sempat Ita nak rakam. Ini pun rakam melalui talifon bimbit dari dalam kereta sahaja yang kebetulan Ita melalui jalan itu.

Apapun Ita sangat-sangat bersyukur kerana Ita dan keluarga selamat semua.

Assalamualaikum..

Comments