BANJIR

AIR MAKIN MELIMPAH..


Belum ada cadangan isytihar darurat di Kelantan - MKN


Assalamualaikum.. salam semua. Nampaknya Ita dah mula nak mengemas. Air semakin naik. Letakkan satu tempat dokumen-dokumen yang penting. Nanti kalau perlu kami berpindah, senang untuk Ita mencapai barang-barang yang penting. Walaupun ruang dapur basah yang sedikit rendah dari dapur kering telah digenangi air... Ita dah standby awal naikkan semua barang-barang ke tempat yang lebih tinggi. Nampaknya penghuni perumahan di belakang rumah Ita telah berpindah. Apa yang Ita nampak dari rumah Ita air sudah hampir mencecah paras tingkap. Sebelum ni, Ita tak pernah lagi berpindah kerana banjir. Walaupun banjir teruk pada tahun 2004 dahulu. Masa tu.. suami ke outstation tinggal Ita bersama 2 orang anak perempuan yang masih kecil. Masa tu pulak Ita sarat mengandungkan Adam. Bantuan banjir tak dapat sampai ke rumah Ita kerana Ita tak dapat menghubungi rakan-rakan atau saudara mara. Letrik di potong, phone tak boleh nak charge.. oooh.. tuhan saja yang tahu. Tawakal aje lah. Paras air hampir 1 inci ingin mencecah ke lantai rumah. 

Selama 3 hari Ita goreng nasi pagi, petang, siang malam.. he..he.. Itu je yang boleh di lakukan. Dan sekarang Ita kembali lagi mengalami suasana hampir seperti itu. Kebanyakan kawasan kampung dah hampir paras pinggang. Mungkin kedudukan rumah Ita tinggi sedikit menyebabkan kawasan halaman paras anak tangga pertama ketika artikel ini ditulis. Namun sekejap lagi, Ita perlu juga berkemas apa-apa yang patut. Mungkin juga tenaga letrik akan dipotong sekejap lagi. Sebabnya Ita nampak pencawangnya dibelakang rumah Ita yang berhampiran dengan taman perumahan hampir sampai ke paras pinggang. 


Air Sungai Kelantan melimpah, banjiri kawasan rendah bandar KB
Malam ni tentu nya tak dapar melelapkan mata. Ita dan anak-anak masih bertahan lagi untuk tinggal di rumah. Anak-anak tak mahu berpindah. Tapi tengoklah kalau air dah mencecah masuk ke dalam rumah Ita akan bersiap-siap untuk berpindah. Bank tempat Ita bekerja telah menyediakan hotel untuk kami tinggal. Alhamdulillah.. Harap-harap banjir tak berlarutan. Paling tidak Ita cuba untuk pulang ke rumah ma di kampung sebab rumah ma Ita tak banjir. Lebih selesa untuk anak-anak tinggal. Cumanya takut jalan nak rumah ma, entah dapat pergi ke tidak. Doakan dipermudahkan segala urusan Ita ya.

Ita cuma dapat info dari kawan-kawan dan internet saja. Line maxis memang off terus. Langsung tak boleh guna. Risau kalau-kalau tak dapat nak call time emergency. Nasib baik suami dan anak Ita menggunakan line celcom. Celcom line nya masih okey lagi.

Okey jumpa lagi, Insyaallah..

Sumber photo : http://www.astroawani.com/news/show/belum-ada-cadangan-isytihar-darurat-di-kelantan-mkn-50827

http://www.astroawani.com/news/show/air-sungai-kelantan-melimpah-banjiri-kawasan-rendah-bandar-kb-50834

Comments

Popular Posts