Monday, 1 December 2014

CUCUR BADAK


Salam sejahtera dan selamat petang buat semua. Ada yang baru sampai rumah, balik dari kerja kan.. Jom kita minum petang dengan cucur badak ni. Rasa lebih enak dengan keledek kuning yang lembut, dipenuhi dengan inti kelapa parut berudang kering. Pergh!!.. sedap. Kena pulak dengan nescafe atau teh O. Aduhs!! memang sedap. Sambil-sambil menunggu siaran Bila Hati Berbicara di TV3.. he..he.. 

Ita ni memang jarang sangat menengok TV. Tapi kalau dah start tengok cerita bersiri, memang berhantulah nak tunggu setiap petang. Hubby pulak faham.. dia tahu, Ita jenis yang tak tengok TV sangat, tapi bila Ita suka dia tak akan ganggu..malah dia akan mengusong makanan kat depan tv untuk makan malam bersama. he..he..

Ita masih ingat lagi bila cikgu mengajar bab cucur badak ni.. Terima kasih buat cikgu Siti Hawa yang memberi ilmu ini. Sebelum tu Ita tak pernah makan kuih ni sebab ma tak pernah buat. Yang ma selalu buat adalah cek mek molek je.. Jadi bila belajar kuih ni dekat sekolah., ianya jadi kuih kegemaran pulak.


Mari Ita kongsikan resepinya ya.. 

CUCUR BADAK

Bahan-bahannya:

800 gm ubi keledek - rebus dan lecek hancur
1 sudu kecil garam
160 gm gandum
20 ekor udang sederhana besar
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan Inti

1 sudu kecil cili kisar
1 batang serai-hiris nipis
140 gm kelapa parut
2 biji bawang merah - cincang
3 biji bawang putih - cincang
2 sudu besar udang kering - rendam dan cincang
1 camca teh garam
1 sudu besar gula
3 sudu besar minyak masak

Cara-caranya:


  1. Cara membuat Inti: panaskan minyak. Masukkan bawang merah dan bawang putih.
  2. Bila bawang layu, masukkan udang kering,cili kisar, garam, gula dan serai. Kacau rata-rata.
  3. Masukkan kelapa parut. kacau rata.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Membuat doh: campurkan gandum yang di ayak bersama garam ke dalam keledek yang telah dilecek sedikit demi sedikit.
  6. Jangan masukkan semua. Agak bila doh lembut dan boleh dibentuk.
  7. Bulat-bulatkan dan leperkan. letakkan inti. 
  8. Bulatkan kembali, tekan biar leper sedikit untuk letak udang.
  9. Tekan udang dia atas nya.
  10. Goreng hingga warna keemasan.
  11. Hidang bersama teh O.. ummph.. sedap.


    Kan senang..dan sedap pulak tu. Bye..

    Assalamualaikum...


    Hamba Allah..