DONUT

THANKS FOR RESEPI DONUT DARI ADIK KESAYANGAN..


Assalamualaikum.. salam sejahtera buat semua. Lately..., tak rajin sangat nak mengupdatekan blog.. tambah-tambah dengan line ternet tak brapa nak okey..  Hubby lak cuti.. dok sembang ngan hubby  je lah.. yang pelik nya ada jer crita kami nak sembang-sembang. nampak sangat kami tak cukup masa bersama. Time dia kerja, memang dia sibuk sangat.. balik lewat dan penat. Lagi lah kita tak berani nak kacau. Ikut jer rentak mood dia.., he..he.. Ni .., bila dah cuti ni., nampak dia banyak bercerita. Kurang stress lah tu.. bila otak pun kosong. Sebab tu.., bila difikirkan balik.. memang patut pun kalau dia pencen awal nanti. Nikmati hari tua dengan tenang. Pencen.. huuwwwaaa.. lambat lagi tu.. nak menikmati waktu tu..

Minggu lepas, Ita ke Kuala Lumpur kerana ada temujanji dengan pakar dekat hospital sana. Oleh kerana temujanji memakan masa dua hari, Ita mengambil keputusan untuk tidur di rumah adik kesayangan. Lebih mengujakan bila adik Ita telah menghidangkan donut yang lembut dan cara mudah nak buat. Hmm.. tak sabar-sabarlah nak balik rumah untuk dicuba sendiri. Makanya, pagi kelmarin jadilah donut yang sedap ini.

Jangan sembang lama-lama, meh..! Ita kongsikan dengan kawan-kawan dan adik-adik semua.. senang sangat. Siap bagi kat jiran-jiran lagi.. ya lah.. dapat banyak.. nak makan tak habis. Apa pun.. Kak Ta ucapkan terima kasih banyak-banyak pada adik Ita yang comel ni. Thanks Gee..



DONUT

1 kilo gandum
1 peket yis (11 gram)
1 biji telur
3 sudu makan mentega
550 ml air (nk sedap tukar ngan susu segar)
4 sudu gula pasir
gula halus untuk menyalut donut
minyak secukupnya untuk mengoreng


Cara-cara:

  1. Air, telur, gula dan yis di campur dan kacau hingga gula larut.
  2. Gandum dan mentega digaul bersama menjadi seperti serbuk roti.
  3. Masukkan air bancuhan tadi ke dalam tepung gandum sedikit demi sedikit sambil di gaul.
  4. Uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk adunan.
  5. Tutup mangkuk adunan dengan kain dan biarkan ia naik sekali ganda.
  6. Timbang adunan kepada bahagian-bahagian kecil seberat 35 gm setiap satu.
  7. Bulat-bulatkan adunan dan letak di atas dulang yang ditaburkan dengan gandum.
  8. Panaskan minyak didalam kuali. Gunakan minyak yang banyak ya..
  9. Bila minyak panas, lubangkan adunan tadi dengan hujung jari dan goreng hingga warna bertukar. 
  10. Jangan terlalu lama ya..
  11. Angkat.. dan taburkan gula halus ke seluruhan donut tadi.



waa.. sedap dan mudah ajekan.. Kan Ita dah cakap.. tak susah sangat pun.. 
Untuk adik Ita, izinkan kak ta kongsikan ya..ilmu ini.. muga Tuhan memurahkan rezeki mu dik.. dan dilimpahi nikmat Allah yang tak bersempadan ini.. Ada masa kita jumpa lagi..


Sudi-sudikan ya untuk mencuba..

Salam sayang dari Ita untuk kawan-kawan semua.. assalmualaikum..

Comments

Popular Posts