Sunday, 21 December 2014

GULAI IKAN HARUAN


MENGAMIT KENANGAN 30 TAHUN YANG LALU..

Assalamualaikum.. selamat pagi.. apa khabar.? Apa menu hari ini.? Dah plan nak masak apa untuk hidangan anak-anak tengahari nanti? Ita ada idea nak share dengan kawan-kawan.. Kelmarin Ita masak gulai ikan haruan dengan daun kesum. Masa kecik-kecik dulu, Ita memang tak suka gulai ni.. selalu cakap dengan ma (mak) yang Ita sangat tak suka ikan haruan. Ita amat gemari ikan keli masak macam ni. Tapi ma cakap baik-baik..dengan Ita. Dah ayah dapat ikan haruan dekat sawah, kita makan ikan haruan lah. Lagi pun ikan ni memang baik untuk kulit. Kata ma, kalau makan ikan haruan kulit akan cantik. Makan lah ikan haruan dan belut, mesti kulit akan cantik. Ha..ha.. punya lah nak kulit cantik.. paksa kan diri makan ikan ni.. lama-lama jadi tersuka pulak..he..he..

Beberapa hari lepas, mintak hubby carikan. Dia cuba pergi ke lebuhraya dekat Tunjong menghala Pasir Mas, tengok.. adalah beberapa orang pakcik yang jual tepi lebuh raya situ. Alhamdulillah.. dapat jugak makan ikan haruan. Tapi ikan keli takde lah pulak. Belut pun ada. tapi sehingga ke hari ini Ita masih tidak dapat menelan belut. Anak anak dan suami okey jer makan belut. Belut paprik, sup belut, nasi goreng belut dan macam-macam variasi yang dibuat dengan belut. Otak Ita dok nampak ular jer.. dulu nenek pernah buat belut goreng yang dipotong kecil macam daging..pastu bagi Ita adik beradik makan. Masa tu Ita dalam darjah tiga gitu. Lepas makan, barulah nenek bagitahu..lauk tu..adalah belut. Nenek kata, dalam hidup kita, kita kena makan jugak walaupun sekali. Hanya sekali itulah, yang pernah Ita makan.

Tapi hari ni.. alhamdulillah, walau tak dapat belut, tekak Ita dah boleh terima ikan haruan. Jadi bila musim hujan macam ni, ayah selalu mencari ikan ikan darat jadi sebab tu bila tiba jer musim tengkujuh.. teringat kat ma dan ayah.. Jadi terasa nak makan, makanan yang ma masak pada masa tu..

Sekali fikir, ma tak pernah berbelanja sakan kat pasar. sayur-sayur ditanam di sekitar rumah. Tepi dapur ada pokok betik dan limau bali. Di sebelah bilik tidur Ita ada pokok jambu air. 7 langkah dari dapur ada pokok mangga.. aduhs..!! semuanya ekonomi. Petang-petang.., ma akan bawa Ita pergi memancing udang dekat sungai tepi sawah. Bestnya..bila ingat itu semua. Udang pulak yang dapat besar-besar.. sebesar buat timun.. Sekarang mana nak dapat kalau tak sediakan berpuluh-puluh ringgit. Betapa dulu tengok ma dan ayah senang-senang je beli tanah.. tak macam kita sekarang. Dulu.. ma ayah dapat duit boleh simpan. Hal-hal makan memang tak habis duit. Ayam dan itik dibela sendiri. Tiap-tiap minggu boleh makan ayam kampung atau kerutuk itik. Nak akikah anak-anak.., ada kambing sendiri.. memang sangat-sangat jimat. Tak tahu macam mana mereka sekuat tu.. walaupun ma bekerja masih sempat buat benda-benda tu semua..





Haa.. ni dia gulai ikan haruan yang mengamit kenangan.. wwaa.. memang sentimental betul.. letak daun kesum banyak-banyak.. memang sedap..

Jom Ita kongsikan resepinya:

GULAI IKAN HARUAN BERSAMA KESUM


Bahan-bahannya;

4 ekor ikan haruan- potong dua
1 ikat daun kesum
1 sudu kecil garam
2 keping asam gelugor

bahan kisar:

4 biji bawang merah
2 biji bwang putih
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
3 biji cili kering
1 liter air
1 kotak santan (guna santan kotak-hujan2 mcm ni.. malas nak keluar, he..he..)


Cara membuatnya:


  1.  Masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk. 
  2. Masukkan garam dan asam keping.
  3. Bila mendidih masukkan ikan dan daun kesum.
  4. Sesuaikan rasa.
  5. Sedia untuk dihidang dengan nasi panas.. waah.. memang sedap.
Okey... insyallah jumpa lagi..

Assalamualaikum..