KERABU MANGGA SOTONG

Kerabu Mangga Sotong yang sedap..


Assalamualaikum.. selamat malam. Pernah tak kawan-kawan terfikir.. ada ketikanya tak ada idea nak masak apa hari ni.. Tak tahu makanan atau hidangan apa yang hendak dibuat. walaupun hidup dah lama dan dah jumpai macam-macam jenis masakan, kita boleh jugak terfikir sampai tak tahu nak masak apa. Bukannya takde benda yang nak dimasak. Tu.. menandakan kita dah terlebih makanan.., he..he.. betul tak. sesetengah orang yang kurang bernasib baik tak tahu makanan apa yang boleh di makan pada hari itu lantaran ketiadaan bahan. Kita ni sampai tak tahu nak masak apa lantaran lebihan makanan. 

Jadi, jangan lah gusar. Sebab.., ada ketikanya bila kita asyik disogok dengan makanan.. lama kelamaan kita hilang selera. jadi masa tu.. tak payah nak paksakan diri untuk makan. Maka jalan yang paling baik adalah berpuasa. Ita cuba berpuasa setiap Isnin Khamis bersama anak-anak. Bila dah berusia macam ni.. kadang-kadang.. tu, nafsu makan pun dah kurang. Tak berkira sangat dengan makanan. Makan aje apa yang ada. Tak seperti anak-anak kita. Selera makan mereka tengah naik, hidang apa saja semuanya sedap dimata mereka. 

Untuk malam ni, Ita nak kongsikan sejenis kerabu yang Ita hidang untuk makan malam. Kebetulan buah mangga epal lebat berbuah. Selain buat jeruk mangga asam boi, Ita kerap jugak buat kerabu mangga., Ikan goreng mangga, Ayam goreng mangga... aaahh.. semuanya mangga-mangga lah.. Alhamdulillah.. mangga tak pernah memboikot Ita. Ada jer.. buahnya. Jadi malam ni Ita sediakan Kerabu Sotong Mangga. meh..! Ita kongsikan resepinya...


KERABU SOTONG MANGGA

Bahan-bahannya:

1 biji mangga-dipotong memanjang
8 ekor sotong - potong

 bahan sos:
2 ulas bawang merah-hiris halus
2 biji cili padi-hiris
3 sudu sos plum
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu cuka
2 sudu besar air

Cara-caranya:

  1. Sotong dihiris terlebih dahulu.
  2. Rebus hingga masak. Angkat dan sejatkan.
  3. Semua bahan sos digaul rata-rata hingga gula hancur.
  4. sesuaikan rasa.
  5. Masukkan sotong dan mangga.
  6. Kacau bila rata.
  7. Hidangkan.
Okey.. anda boleh adjust sendiri rasanya ikut citarasa. Kalau mahu lebih masam boleh lebihkan cuka.

Okey..hingga jumpa lagi.

Comments

Popular Posts