Tuesday, 2 December 2014

LEPAT PISANG

Lepat Pisang yang sedap untuk hidangan pagi..


Assalamualaikum.. salam sejahtera buat kawan-kawan semua. Alhamdulillah kita masih mempunyai rezeki untuk di hidang pada pagi ini. Walau apa pun rezeki yang kita terima.. reda lah asalkan halal dan sesuai dengan kesihatan kita. Jangan sesekali merungut dengan setiap rezeki kurniaannya. Sesungguhnya tiap yang diberi itu ada sebab-sebabnya. Seperti orang lain.. Ita tak mahu merungut dengan rezeki kami hari ini. Alhamdulillah..kami berkumpul semua untuk menikmati rezeki kami pagi ini. 

Kebetulan lebihan pisang nangka yang di beli hubby tempohari masih berbaki.. Ita bercadang untuk membuat lepat pisang kerana pisang nangka tu dah masak sangat. Tak mahu membazir..asalkan boleh dimakan lagi.., maka jadilah lepat pisang untuk hidangan kami pagi ini.., he..he.. 

Sebetulnya .., Ita taklah berapa gemar dengan lepat pisang berbanding dengan hubby .. tapi, Ita cuba untuk menyukainya kerana memikirkan rezeki Ita pagi ni. Tak payah nak keluar rumah beli kuih-kuih kat luar. Nampaknya okey jer.. boleh jer..Ita telan.. he..he..


Meh!! Ita tunjukkan cara nak membuatnya.. semudah A,B,C... senang dan cepat sangat..

LEPAT PISANG

4 biji pisang nangka
80 gm gula pasir
1/2 sudu teh garam
130 gm tepung gandum
Daun pisang secukupnya

Cara-caranya:


  1. Daun pisang dilayurkan terlebih dahulu. Potong anggaran 12 cm X 19 cm.
  2. Panaskan kukusan.
  3. Pisang dilecek halus. Campurkan dengan gula pasir, garam dan gandum.
  4. Kacau sebati. 
  5. Ambil 2 sudu adunan dan letakkan diatas daun pisang.
  6. Lipat seperti tepung bungkus.
  7. Susun di dalam kukusan dan kukus selama 10-15 minit.
  8. Sedap dimakan ketika suam-suam.


Ini lah hidangan yang penuh khasiat dan tidak mengandungi bahan-bahan pengawet..ha..ha.. Kawan-kawan boleh memilih pisang lain selain pisang nangka, ikut kegemaran masing-masing ya.. Ita kebetulan.., pisang ini yang ada dan tak mahu membazir..

Okey.. sehingga jumpa lagi..

Assalamualaikum..

Hamba Allah