MEE SUP

MEE SUP UNTUK ANAK-ANAK DAN SUAMI SELEPAS PENAT MENCUCI LUMPUR DALAM RUMAH...

Salam sejahtera, selamat pagi dan apa khabar semua.? semuga semuanya dalam lindungan Allah snt. Ita nak berkisahkan cerita semalam. Memasak mee sup untuk suami dan anak-anak yang penat mencuci rumah. Rumah kami penuh dengan sisa lumpur di segenap ruang. Alhamdulillah.., walaupun ada sesetengah perabot yang rosak namun masih ada perabot yang tidak rosak. Biasa lah.., alah membeli menang memakai... Kalau perabot yang biasa-biasa tu.. memang rosak lah seperti rak buku..he..he.. perabot jati nampaknya okey lagi setakat ni.. tapi tak tahu pulak kemudian. Kena tengok dulu..kut-kut tak nampak lagi kesannya. Barangan letrik tak terkecuali.. memang tak dapat dielakkan.. 

Namun bila kesedihan bertandang melihat barang kesayangan rosak, Ita cepat-cepat memikirkan nasib yang lebih malang. Ramai jiran-jiran Ita sampai rumah hampir tenggelam. Tak dapat selamatkan apa-apa pun. Lagi menyedihkan, rumah mereka pun turut rosak yang tentunya memerlukan kos yang bukan sedikit. Dengan keperluan sekolah anak-anak yang harus dibeli semula. Sebab itu, hubby menyuruh kami anak beranak mengumpulkan pakaian-pakaian yang tak muat untuk dipakai dan masih elok didermakan kepada yang memerlukan. 

Semalam hubby telah mengenalpasti tempat pengumpulan barang-barang yang ingin didermakan kepada mangsa-mangsa banjir di Pengkalan Chepa. Nasib baik dibuka hingga ke malam. Petang atau malam ni selepas pulang dari kerja nanti, bolehlah hubby menghantar barang kami ke tempat tersebut.

Panjang pulak kisah Ita ya.. jom Ita kongsikan resepi mee sup Ita. Ita padankan mee sup Ita dengan desert puding laici.


MEE SUP

Bahan-bahannya:

2 peket mee kuning
2 pokok sawi - potong
1 biji cili merah-hiris
350 gm ayam- potong kecil-kecil
1 biji tomato - belah 4
5 biji telur
2 batang leek
2 biji bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 liter air
minyak untuk menumis
garam secukupnya
2 sudu besar rempah sup
1/2 kuib pati ayam
2 sudu besar rempah sup (Ita guna brand ADABI)


Bahan kisar untuk sup:

1 batang leek
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
4 biji cili padi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Bahan tabur di atas sup:

bawang goreng secukupnya
daun sup - dihiris





Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, bawang merah, bunga lawang dan kulit kayu manis.
  2. Masukkan bahan kisar. Kacau.
  3. Masukkan air dan ayam. Biar mendidih.
  4. Masukkan garam dan kiub pati ayam.
  5. Sesuaikan rasa. Bila ayam empuk masukkan sawi dan batang leek yang di potong.
  6. Masukkan tomato yang dipotong.
  7. Hidang bersama mee kuning dan taburkan bawang goreng, daun sup dan cili merah.
  8. Ambil sesenduk air sup dan letakkan didalam kuali, panaskan. Bila mendidih, masukkan telur. Bila telur masak, angkat dan letakkan diatas mee. Ulang hingga habis telur 5 biji tu..
  9. Ita gunakan cara ini untuk mendapatkan hasil telur yang menarik.

Okey.. dah siap mee sup. Ita gandingkan bersama desert puding laici. Nanti Ita akan updatekan resepinya ya..
Okey..
Assalamualaikum...

Comments

Popular Posts