PAU SAMBAL

Pau Sambal yang lembut..


Assalamualaikum.. apa khabar. ., salam Jumaat ya... Happy rasa hari ni.. Bukan apa..kalau hari minggu..walaupun kita tak kerja..tapi kalau hubby cuti..memang happy.. Yalah.. bukan banyak pun masa kita berada dengannya dalam satu hari. Kadang-kadang bila tiba hujung minggu anak-anak tak sekolah.. hubby pulak outstation.. tapi hari ni..bila dia tak outstation..memang buat   kita happy lah. Apa dia cakap pun kita ikut je..

Tambah-tambah bila esok birthday kita.., kita tunggu jer..apa dia nak bagi..jangan buat-buat lupa pulak..nanti nangis kita. Jadi.. pagi ni kita buat sarapan simple-simple aje untuk dia..harap dia suka. Tapi bila tengok cara dia makan tu.. bukanlah dibuat-buat suka..nampaknya terlebih suka. Satu mangkuk besar pun habis..ha..ha.. Kalau dapat makan.. memang tak ingat bini. nasib baiklah bini dia bukan gengster..kalau tak...he..he..


Mengarut pulak dah.. meh lah kita tunjuk cara macam mana nak buat ya.. kalau rasa-rasa teringin tu.. petang nanti boleh buat untuk minum petang..


PAU SAMBAL

Bahan-bahannya:

250 gm tepung gandum
30 gm minyak jagung
secubit garam
130 ml air suam
1 1/2 sudu kecil yis
50 gm gula halus
Minyak secukupnya untuk mengoreng

Bahan Inti:

2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 cawan ikan bilis-rendam sekejap
1 sudu besar cili kisar
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
3 sudu minyak masak

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan cili kisar. Kacau.Masukkan garam dan gula.
  3. Masukkan ikan bilis. kacau rata-rata.
  4. Bila masak. angkat, ketepikan.
  5. Untuk membuat doh: Dalam mangkuk satukan air suam, yis, gula, minyak jagung dan garam. Kacau.
  6. Masukkan gandum. Uli hingga tak lekat pada mangkuk.
  7. Tutup mangkuk dengan sehelai kain dan biarkan doh naik sekali ganda.
  8. Tumbuk-tumbukkan doh dan bahagikan kepada bahagian2 kecil. 
  9. Letak diatas dulang. Rehat lagi hingga doh naik.
  10. Panaskan minyak.
  11. Bila doh dah mengembang, gorengkan doh tadi.
  12. Angkat. Belah dua .., jangan sampai putus dan isikan dengan sambal ikan bilis.
  13. Siap untuk dihidang..
walla.. sedap dan lembut..

Bye..

Comments

Popular Posts