PUDING LAICI

DESSERT PUDING..UNTUK ANAK-ANAK DAN SUAMI..

Salam sejahtera... Puding ini Ita gandingkan dengan mee sup. Kesian lihat anak-anak dan hubby mengemas rumah. Ita just dapat memandang dan buat kerja-kerja ringan sahaja. Jadi nak menyejukkan tekak mereka Ita idealkan dengan membuat puding ini.  Nasib baik, anak-anak dah besar-besar.. boleh menolong. Alhamdulillah. Sekali fikir.. untung banyak .., kahwin awal ni.. umur macam kita ni..dah ada anak dara, he..he.. boleh lah membantu kita..

Kebetulan barang dapur tinggal tak banyak, jadinya.. Ita buat mana yang ada kat dapur aje. Bukak kabinet ada laici..terlintas nak buat puding laici. Tu yang terus jer buat..tanpa segan silu.. Bila hidang..tak sangka pulak ada sambutan.. habis... he..he... alhamdulillah hubby dan anak-anak suka..

Meh.., Ita kongsikan resepinya. Kepada sesiapa yang terdesak..nak cepat dan mudah.. ni lah resepinya.. resepi darurat..




PUDING LAICI

1 tin laici -asingkan air dan buahnya
1 cawan gula
1 liter air - (air laici dicampur dengan air menjadi 1 liter)
3 sudu besar serbuk agar-agar

Cara-caranya:

Campurkan semua bahan kecuali buah laici. 
Masak hingga mendidih dan gula hancur.
Acuan dibasahkan terlebih dahulu.
Koyak-koyakkan buah laici dan tinggal sedikit sebagai hiasan.
Masukkan air agar-agar ke dalam acuan.
Masukkan buah laici yang dikoyak-koyakkan tadi ke dalam agar-agar.
Biar suam, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
Bila hampir keras, hiaskan dengan lebihan laici tadi.
Lebih sedap bila dihidang ketika sejuk.


Membuatnya sangatlah mudah. Tiada alasan lagi untuk tidak menghidangnya walaupun ketika kita tak mempunyai masa yang banyak. Nak cepat beku, boleh dimasukkan ke dalam peti ais. Juga sangat sesuai untuk dihidangkan untuk tetamu-tetamu yang bertandang ke rumah. 

Jujurnya, Ita amat suka menjamu kawan-kawan makan dirumah. Rasa lebih akrab. Kalau dekat pejabat tu.. kita sentiasa sibuk dengan tugas. Tak mempunyai masa untuk berbual-bual hal keluarga. Jadi menjemput kawan-kawan makan di rumah, keakraban akan lebih terasa di samping dapat bertukar-tukar cerita semasa dan hal-hal keluarga.




Okey... hingga ketemu lagi...

Assalamualaikum...

Comments

Popular Posts