PUTU MAYAM
SEBELUM MASUK OFFICE MESTI NAK KENA PUTU MAYAM DULU..
Marilah Ita tunjukkan cara nak buat putu mayam yang simple ini.
Cara-caranya:
Okey dah siap pun. Makanan yang sihat dan dah tentu takde bahan pengawet..he..he..
Assalamualaikum, selamat pagi semua.. dah pergi pasar?? Apa menu hari ini? hmm.. Ita tak plan lagi nak masak apa.. cumanya..ikan dah keluarkan dari peti sejuk. Pastikan ada ikan bakar atau daging bakar untuk Adam. Menu wajib untuk dia yang masih berpantang (berkhatan). Di anugerahkan Allah adik-beradik perempuan yang ramai dan adik lelaki akhir bongsu je..menjadikan Ita tak biasa sangat dengan makanan yang sesuai. Cuma Ita ingat pesan ma, makanannya sama dengan makanan orang pantang bersalin. Meraung-raung dia geram bila melihat Ita masak makanan kegemarannya tapi dia tak boleh nak makan. Sabar je lah dik.. sekejap je lagi.. lepas ni umi masak tiap-tiap hari fovourite foods adik..
Ini cerita semalam yang baru nak Ita updatekan. Ya..lah komputer Ita dah jadi milik Adam setelah komputer dia dan komputer kakaknya jadi slow amat lantaran panahan gamesnya. Adam memang hantu games..yang teruk. Habis komputer yang digunakan masuk virus agaknya. Ita ni bab-bab nak membaiki komputer yang diserang virus, ilmu memang sifar. Tak tahu dan tak sempat belajar.. ini lah jadi nya.. Tunggu je time adik lelaki Ita ke Kelantan, mintak dia baiki baru boleh baik semula. Hantar kedai, 2-3 kali pastu jadi slow balik..
Nak tahu Ita masak apa semalam, hidangan untuk minum petang..? Ya.. Ita masak putu mayam.. kalau time kerja sebelum ni..pagi-pagi mesti nak putu mayam kat kedai Malik House sebelum masuk pejabat. Hubby pun dah faham dah.. tak payah tanya.. nak makan apa and nak makan kat mana.. Tapi satu Ita suka, uncle ni minta resepi kari pun dia bagitahu, tak kedekut ilmu.. sebab tu kedai dia laris agaknya. Karinya memang kari mamat yang sangat sedap yang menjadi kesukaan anak-anak. Bila dia bagi resepi karinya, Ita dah boleh buat untuk anak-anak dirumah..
Marilah Ita tunjukkan cara nak buat putu mayam yang simple ini.
PUTU MAYAM
1 Cawan tepung beras
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil minyak jagung
1/3 sudu kecil garam
bahan untuk cicah:
1/2 cawan kelapa parut - putihnya sahaja ya.}
1/3 sudu kecil garam } digaul bersama
1 keping gula melaka - dicincang
Daun pisang secukupnya sebagai alas - potong bulat
- Panaskan kukusan.
- Masak air bersama minyak dan garam.
- Bila mendidih masukkan tepung beras sambil dikacau.
- Bila dah pekat, jangan terlampau keras atau lembik ya.
- Angkat. Masukkan kedalam acuan putu mayam seperti acuan maruku.
- Kirai di atas daun pisang.
- susun dalam kukusan dan kukus selama 3-4 minit sahaja.
- Angkat dan hidangkan bersama gula melaka dan kelapa parut
Okey dah siap pun. Makanan yang sihat dan dah tentu takde bahan pengawet..he..he..
Kepada yang tak de acuan putu mayam ni.. boleh lah order dengan Ita ya. Bentuknya adalah seperti dibawah. Boleh digunakan sebagai acuan maruku juga. Senang nak handle. Boleh simpan sebagai alatan memasak yang ber tradisi kerana ia diperbuat dari tembaga. Warna nya memang hilang kilau dah sebab dah lama. Kalau yang baru tu kilauannya memancar-mancar lah. Nanti Ita akan updatekan barang-barang tembaga yang lain ya.. nanti senang kawan-kawan nak order.
Kawan-kawan boleh mesejkan Ita di talian 012 9660 666
Harga nya : RM55
Kawan-kawan boleh mesejkan Ita di talian 012 9660 666
Harga nya : RM55
Okey..jumpa lagi. Enjoy your life.. Hidup adalah perjuangan...
Assalamualaikum..
Comments
Post a Comment