SERI MUKA PANDAN

Siapa nak berseri mukanya..



Assalamualaikum... salam sejahtera untuk kawan-kawan dan tamu-tamu yang sudi menyinggahi dapur maya Ita ni.. Dah breakfast?? Makan apa pagi ini.?? Kalau yang belum lagi tu.. better breakfast dulu ya.. nanti tak boleh nak tumpukan pada pekerjaan. Pagi-pagi kita kena isikan dengan tenaga dulu.. baharu lah boleh melakukkan tugas seharian kita. Tak kira apa tugas anda.. bekerjaya kah atau pun suri rumah.. kesemuanya memerlukan tenaga yang bukan sedikit. Semua kerja rumahtangga dan tugas pejabat telah Ita rasai. Paling meletihkan bagi Ita adalah kerjaya rumahtangga. Mengguruskan hal ehwal rumahtangga.., amat memenatkan. Sementelah Ita dibantu oleh dua anak perempuan, pun masih merasa kepenatannya. Mungkin juga kondisi diri yang tak berapa baik untuk Ita melakukan tugas rumah. 

Pagi ini Ita menyediakan kuih lama lagi iaitu. seri muka pandan. Kuih ni.. Ita sediakan malam tadi lagi., Ita sejukkan dalam peti ais untuk menghasilkan potongan yang cantik. Kalau masih panas-panas nak memotongnya memang tak nampak cantiklah. Ini semua untuk memuaskan bab photografi Ita. Tapi.., Ita akui.. Ita belum mahir lagi dalam bab-bab photografi ni.. Buku dah beli,, internet dah search tapi nampaknya tak cantik lagi. Sedang kan model camera Ita dah ketinggalan zaman pun. Tapi alhamdulillah..masih boleh digunakan lagi...



SERI MUKA PANDAN

Lapisan bawah:

2 cawan beras pulut (rendam 4 jam)
1 1/2 cawan santan
secubit garam
1 helai daun pandan

Lapisan Atas:

2 biji telur
1/2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar pandan paste
500 ml air
260 gm gula

Cara-caranya:

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pulut, garam, santan dan daun pandan yang disimpul dikukus hingga masak.
  3. Dalam mangkuk, masukkan semua bahan lapisan bawah. Kacau dengan whisk hingga sebati.
  4. Tapiskan. Ketepikan.
  5. Bila pulut masak, hendaklah ditekan hingga mampat.
  6. Curahkan adunan lapisan bawah tadi.
  7. Kukus selama 35 minit.
  8. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



Haa... jangan tak cuba ya.. nanti petang boleh hidangkan buat keluarga tersayang.

Bye.. assalamualaikum...


Hamba Allah

Comments

Popular Posts