TALAM LABU

TALAM LABU YANG ENAK ..



 Assalamualaikum.. selamat petang semua. Sedang buat apa tu.. rehat-rehat? emm.. sambil rehat-rehat tu marilah tengok apa yang Ita masak petang ni. Bila suami kat rumah, awal sikit masak untuk minum petang ini. Bila dengan rela hati dia men volunter kan diri untuk menolong.., kita pun boleh rehat sikit., tak banyak bergerak sangat.. he..he.. lagi pun dengan pertukaran ubat-ubat baru, Ita rasa lebih baik sikit tahap kesihatan Ita. Sebenarnya, ia bukanlah untuk memulihkan kata doktor. Just untuk menahan sakit sahaja. kalau dulu Ita amat tak suka ubat-ubat yang bersifat macam tu. Tapi.. nampaknya, itu yang kita tak mahu.., itulah yang ditakdirkan untuk kita telan. Alhamdulillah aje lah.. kerana masih mampu menarik nafas dengan nikmat Nya. Masih lagi dapat bersama-sama anak-anak dan ibu serta keluarga. Teringatkan ibu.., Ita teringatkan ma  Ita pulak. Agaknya sedang buat apa sekarang ni.. Pagi tadi bila call, ma dan adik-adik sedang melawat tempat Kangaroo. Hingga usia macam ni.., siapa sangka.. ma dapat pergi tengok kangaroo.. he.. he.. mesti adik Ita tersangat happy dengan kedatangan ma. Semuga ma dan adik-adik selamat di sana dan selamat pulang nanti.

Petang ini Ita masak kuih talam labu untuk hidangan kami sekeluarga. Kalau dulu Ita amat alah dengan labu tapi sekarang tidak lagi. Kalau nak makan sira labu tu.. Ita terpaksa makan sehari sebelum weekend. Bila deman tu.. terus makan ubat next day tu.. dapatlah pergi kerja dengan sihat. Tak tahu wire shock kat mana.. kalau makan je labu mesti deman. Tapi bila berumur ni.. tak pulak deman bila makan labu. Bila dah ok ni.. Ita masak macam-macam dengan labu.. Gulai ayam dengan labu, Mufin Labu, dan sekarang talam labu lah pulak.. eksyen lak ya.. bila Allah dan beri nikmat makan labu.. riak lah pulak..he.. he..


Jom kita semak apa bahan yang Ita gunakan untuk di jadikan talam labu Ita ni.. Asyik talam je..ya.. akhir-akhir ni..

TALAM LABU


250 gm labu - di potong dadu
130 gm tepung beras
20 gm tepung gandum
10 gm tepung ubi
550 gm santan
250 gm gula pasir






Cara-caranya:

  1. Panaskan kukusan. balut tudung periuk supaya air kukusan tidak menitik ke atas kuih talam nanti.
  2. Alas loyang dengan plastik dan sapu minyak pada loyang.
  3. Labu di rebus hingga separuh masak atau hampir masak. Angkat. Tos dan ketepikan.
  4. Dalam mangkuk besar, campurkan gula, gamdum, tepung ubi dan tepung beras.
  5. Masukkan gula dan santan. Kacau guna whisk hingga gula hancur.
  6. Tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga keluar wap sahaja.
  7. Masukkan ke dalam loyang dan masukkan labu tadi.
  8. Kukus selama 45 minit dengan api sederhana.
  9. Bila sejuk, barulah di keluarkan dari acuan.
  10. Pastikan betul-betul sejuk baru di potong supaya bentuknya cantik.


Okey selamat mencuba.. 

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts