WANITA DAN KEISTIMEWAANNYA

LUMRAH KEJADIAN WANITA




Gambaran seorang wanita selalunya bersifat lembut dan keibuan. Lebih sopan dari lelaki, nada suara yang rendah dan bercakap tidak tergopoh gapah. Ya kah?? Macam tu ke.. Hmm.. sepatutnya macam tu lah.. tapi semakin ramai manusia yang wujud dimuka bumi ini, semakin banyak nilai-nilai kemanusian yang pudar. Lebih banyak yang mementingkan diri sendiri berbanding kesempurnaan dalam masyarakat. Lebih ramai yang tak mahu pedulikan impat atau akibat pentingkan diri. Adakah itu untuk kepuasaan diri. tentunya kan?? Kenapa ianya terjadi?? 

Jawapan yang sesuai adalah kerana kurangnya iman. Kita kalau dah terdidik dengan iman, memang kita tak akan sanggup melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan dosa. Cuba perhatikan sikap-sikap manusia sekarang terutama perempuan. Saya rasa amat sedih sekali jika dipertemukan wanita-wanita yang berakhlak yang tak elok. Macam mana nak warisi akhlak yang baik kepada anak-anak, jika kita sendiri memperlihatkan sikap yang tidak baik di depan mereka.

Ita teringat kata-kata seorang kawan.. wanita memang macam tu. Suka mengumpat, jaga tepi kain orang lain. Tak boleh tengok orang lain lebih. Depan suami pijak semut pun tak mati... betulkah??

Bagi Ita, Ita tak mengiyakannya 100 peratus.. tak semua wanita seperti itu. Malah dengan kepantasan hebahan dan rancangan keagamaan sekarang, tentu dah ramai yang celik dan berlumba-lumba untuk menjadi baik. wanita-wanita yang termasuk dalam golongan yang kawan Ita cakap ni hanya segelintir sahaja. tapi kesannya banyak..

Bersyukurlah kita menjadi wanita. Cuba kita renungkan balik dan baca buku-buku agama mengenai wanita.. 

Rasulullah saw mengatakan bahawa para isteri yang beriman semasa di syurga nanti akan lebih cantik dari bidadari, maka tidak perlu risau suami kita akan tertarik pada bidadari atau isterinya sendiri. 

Jadi mulai sekarang.. marilah kita sama-sama menjadi wanita beriman. tumpukan kepada amalan yang baik. Lebihkan mencari ilmu-ilmu untuk akhirat. Sedarlah yang kehidupan kita telah hampir ke penghujungnya. Sudah banyak tanda-tanda kiamat yang wujud. Jika kita masih hanyut dengan arus dunia.. neraka lah tempat kita. Ita selalu sedarkan diri agar menjadi lebih baik dari sebelum ini. selalu titipkan doa selepas setiap kali solat agar Allah mengampuni segala dosa-dosa yang lalu. Menyesali diri kerana terasa betapa naif Ita dalam  mencari ilmu agama. Walaupun menjadi cucu kepada seorang ahli agama yang bertabligh ke merata tempat sejauh Pakistan, India dan tempat-tempat lain. Namun memang.. iman tak dapat diwarisi. ia akan datang sendiri dengan kehendak si pemilik badan itu sendiri.

Syukur kerana masih sempat sedar. Syukur kerana masih mampu mencari kembali lorong-lorong yang betul dan paling bersyukur masih boleh menarik nafas untuk mencari nur.. Alhamdulillah... Engkau maha pengasih  dan penyayang ya Allah.. kasih Allah tidak terhingga. Upah diberi sebelum tugas di jalankan. tapi.. kadang-kadang kita lupa.. Ita akui.. apalagi untuk menunaikannya secara sempurna. Seperti mendidik anak.. adakah kita dah jalan tanggung jawab kita mendidik anak-anak dengan sempurna.? didikan agama? dah cukup ke.. ya Allah sedih mengingatinya.. Allah dah advance kan kita dengan menganugerahkan zuriat buat kita tapi kita tak tunaikan tanggungjawab dan amanah itu.

Tidak ramai mensyukuri nikmat memiliki suami., tambah-tambah apabila suami yang dimiliki bukan impian hati. Sedangkan Allah tak pernah nak membezakan cara layanan antara suami kacak dan tidak kacak kan.. Namun redha suami adalah adalah nikmat yang sangat besar kerana ganjaran pahala dari Allah tidak ternilai harganya. Redha Allah pada isteri bergantung kepada reda yang diberikan suami. Mana-mana wanita yang mendurhakai suami tidak akan mencium bau syurga, apatah lagi nak memasukinya.

Walaupun wanita bersifat lemah tetapi ia menjadi penghancur dan pembina kejayaan kepada seseorang lelaki.Nikmat akan kita rasa berharga apabila ia hilang dari diri kita. Ampunkan aku ya Allah...







Comments

Popular Posts