APAM

APAM RINGKAS.. BREAKFAST BERSENDIRIAN..




Salam sejahtera.. hari ni kat Kelantan sesi persekolahan dah bermula. Adam dah memulakan persekolahannya. Alhamdulillah.. cuaca pun baik je hari ni.  Sebab tu.. cantik jer gambar apam Ita. Kalau mendung, mendunglah gambar masakan Ita. Kembali Ita berseorangan kerana semua orang ada tugas. Tinggal lah Ita.. Jadi nak masak nasi tak berbaloi rasanya. Jadi Ita dok fikir yang simple-simple jer untuk breakfast pagi ni. Nak cepat dan ringkas. 


Fikir punya fikir, timbul lah rasa nak buat apam ringkas. 3 biji telur and 1 cawan gula.. memang cukup simple. Oleh kerana niat nak ambik gambar, kita makeup kannya sikit. Letak colour-coulour sikit supaya nampak "jangok" orang Kelantan kata..hihihi.. Jangok ni lebih kurang maksud nya melawa lah. Macam janda berhias gitu..

Mari Ita kongsikan satu apam ringkas Ita ni yer..


Apam Ringkas Che Ta

Bahan-bahannya:

1 cawan aiskrim soda
3 cawan gandum
3 biji telur
1 cawan gula
1 sk serbuk penaik
1 sk esen vanila
1 1/2 sk ovalette

Caranya:


  1. Panaskan kukusan
  2. Putar telur, gula, esen vanilla dan ovalette hingga kembang.
  3. Masukkan aiskrim soda. Putar lagi biar sekata.
  4. Masukkan gandum, putar dengan kelajuan yang paling perlahan.
  5. Bila dah sebati. Bahagikan kepada 3 bahagian.
  6. Masukkan ke dalam cup ketiga-tiga warna tu.
  7. Kukus selama 15 minit.
  8. 5 minit sekali buka tutup kukusan dan lap tutup kukusan supaya air tak menitik ke atas apam.


Okey dah siap apam ringkas ku hari ini. Maka makan lah sorang-sorang Ita hari ni. Emm.. tak plan lagi nak asak apa untuk lunch. Ada idea tak? Hidangan untuk dua orang, Ita dan Adam. Kena masak yang simple2 dulu ni.. nanti petang baru masak hidangan best sikit sebab hubby suka dinner awal.

Okey jumpa lagi nanti, insyallah.

Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts