BONUS OH BONUS...!!

KERJA SWASTA PUN DAH DAPAT BONUS..
Acuan-acuan kuih tradisional diperbuat dari Tembaga (ruzitakitchen.blogspot.com)

Pelikkan, Ita dengar yang kerja kerajaan sahaja yang dapat bonus 15hb.. Macam mana yang kerja swasta pun dah dapat.. hihihihi... Tak lah.. bagi yang kerja kerajaan tu memang dah dapat bonus pun..tapi.. pasangannya pun dapat jugak kalau dia bagi..hihihi.. macam Ita lah, kalau hubby bagi tu..kira kita dapat jugaklah kan..hihihi.. Nak tunggu bonus kita lamabat lagi. Yalah..bonus suami bonus kita jugak kan. Kalau bonus kita tetap kita punya sorang..hahaha... boleh ke gitu^-^..

Pada Ita, Ita taklah mengharap hubby akan bagi pun, tapi kalau dia ingatkan kita alhamdulillah. Kita syukur sangat-sangat.. kalau dah itu memang rezeki kita.. terima aje lah berapa aje yang dia bagi.. kalau dia tak bagi tu.. adalah tu urusan dia nak buat apa-apakan..

Lebih mengujakan bila dia belikan sesuatu yang memang Ita suka. Nak tahu apa dia? Haa.. tu..tu..tu.. di bawah tu.. Memang suka sangat, sampai nak melompat-lompat tahap maut rasanya bila dia belikan tu.. dah lama dok mengidam nak benda-benda macam tu.. Harap-harap dia continue beli lagi next time.. tak mahu minta, tapi nak doa banyak-banyak biar Allah bula pintu hati dia belikan Ita lagi.. hehehehe.... ^-^..


Acuan Pulut Bakar (ruzitakitchen.blogspot.com)
Kita kalau dapat yang orang bagi suka sangat walaupun sebenarnya kita mampu beli. Sebenarnya pemberian orang ni kan ...,  selalu nya kita akan ingat budi dan kebaikan orang tu sampai bila-bila kan.. Sebab itu lah kita jangan kedekut memberi ya.. apa kata pepatah tu.. tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.. so.., amal-amalkan lah memberi selalu ya..
Acuan Akok/Bahulu (ruzitakitchen.blogspot.com)
Acuan ni digunakan untuk membuat kuih bahulu atau akok. Yang ni siap yang ada penutup. Boleh digunakan dengan cara membakar secara tradisional iaitu letak arang/sabut kelapa diatas penutup. Kalau guna oven, tutup tak payah guna. Ada juga terdapat acuan yang tak ada telinga dia tu..dan yang tak ada penutup seperti acuan kuih cara..  tapi yang ni rasa lebih tradisional sikit.
Acuan kuih Apam Balik ( ruzitakitchen.blogspot.com)
Ini adalah acuan kuih apam balik. Kalau sebelum ni,  Ita guna kuali tanpa lekat aje untuk buat apam balik. Tapi kali ini Ita dah boleh buat apam balik original dah..hihihi.. Harap-harap bila dah dapat acuan-acuan ni semua, bertambah rajin lah nak buat kuih-kuih lama ni..

Sudip Tembaga (ruzitakitchen.blogspot.com)
Haa.. ini pulak adalah sudip tembaga. Terkenang Ita masa zaman kanak-kanak dulu,. Ma.. suka sangat guna sudip ni.. tapi tiap kali waktu hujan.., petir, ma selalu tutup dengan kain atau alih ke tempat lain seperti dalam almari atau laci dapur. Katanya petir akan menyambar tembaga. Ita tak pasti sejauh mana kebenarannya. Selalunya apa yang orang dulu-dulu pantang tu..selalu nya berdasarkan pengalaman turun temurun. Jadi, tak salah kalau kita mengamalnya selagi tak bercanggah dengan agama kan..

Emm.. mood happy ni.. seperti kanak-kanak perempuan dapat mainan masakan baru lak.. ya lah. . macam masa kita kecik-kecik dulu.. bila mak kita belikan mainan masak-masak...., malam tu..tak tidur pun tak apakan.. maaaain jer.. selagi boleh..hehehe...

Kepada teman-teman yang tak biasa menggunakan barang tembaga, boleh lah cuba, cuma harganya memang mahal sikit lah dari material biasa. Kalau acuan akok dan bahulu tu..kalau yang besar mencecah RM500. Begitu juga dengan periuk belanga nya..mencecah seribu lebih.. Kalau yang sedang tu.. anggaran RM900 macam tu..

Tapi kalau dah suka.. adjust jugak sampai kita boleh dapatkan..

Okey, Ita undur diri dulu..sehingga jumpa lagi..

Assalamualaikum..

Comments