BUKU BARU

NOVEL BARU...




Assalamualaikum... selamat pagi. semuga pagi ini memberi keceriaan buat teman-teman semua. Dah breakfast ke belum? Jangan abaikan breakfast kita ya.. nanti kita tak ada tenaga untuk membuat kerja atau tugas seharian. Ita dah pekena nasi goreng kampung dengan hubby pagi ni.. Oleh kerana dua anak perempuan Ita berpuasa, maka lebihan nasi malam tadi yang masih sedikit berbaki, lalu Ita jadikan nasi goreng. Save budget and tak membazir. Hidup kita kenalah elakkan pembaziran. Hubby Ita sangat peka dengan pembaziran berbanding dengan Ita.  Bila lama hidup disampingnya membuatkan Ita turut terikut-ikut sikapnya. Ya..lah.. suami kan pembimbing kita. Tak perlu rasa.., kita aje yang betul..kan..?

Emm.. sebelum Ita memulakan tugas harian Ita, nak Ita kongsikan satu minat Ita yang Ita tak boleh nak tinggalkan. dah rasa sebahagian dari aktiviti harian lak rasanya. Novel !! ya novel.. memang menjadi peneman Ita semenjak di tingkatan tiga lagi. Sebenarnya tingkatan satu Ita dah start baca novel tapi yang seingat Ita, mula-mula obses sangat bermula tingkatan tiga lah. Sampaikan cikgu Ita terperasan yang Ita suka baca novel. Ita masih ingat lagi cikgu tu namanya cikgu Shaari. Malah dia turut menyarankan beberapa tajuk novel yang menarik untuk Ita. Ita masih ingat cikgu Shaari pernah menyarankan agar Ita membaca novel Tenggelamnya Kapal Van Der Vick. Ooo... memang meyayat hati betul novel tu.. dan sekarang, novel tu masih dalam simpanan. Bermakna novel tu dah Ita simpan hampir 30 tahun!!! 

Hari ini pulak Ita akan memulakan pengembaraan Ita dengan novel Kerana Aku Untuk Mu, karya Acik Lana. Ita memang amat mengemari nukilan Acik Lana. Setakat ini memang tak mengecewakan. Good Luck Acik.. kerana telah berjaya menerbitkan sendiri novel Acik. Kak Ita mendoakan agar Acik berjaya. 

Ita tak peduli dengan pandangan dengan sesetengah kawan-kawan Ita yang mengatakan membaca novel adalah satu pembaziran masa. Malah ada yang kata.. khayalan semata-mata. Aah.. pedulikan.. selagi kita tidak  menganggu orang lain dan ianya membahagiakan kita., Ita buat je apa yang Ita suka. Janji suami tak menghalang dan Ita tak melupakan tugas hakiki Ita.

Lakukan apa yang anda inginkan selagi ia memberi ketenangan buat mu. 

Assalamualaikum...

Comments

Popular Posts