CARROT CHEESE CAKE

CARROT CHEESE CAKE VERSI II




Assalamualaikum.. apa khabar semua.. harap semuanya okey-okey ya...

Semalam Ita .. terlebih rajin.. dah lah rumah tak habis lagi berkemas.. Panjang sungguh cerita banjir ni.., Tak de mood betul lah tengok banyak je barang-barang kena buang. Musnah macam tu jer.. tapi cepat-cepat Ita alihkan fikiran Ita. Ya lah.. ramai lagi yang lebih malang, yang hanya tinggal sehelai sepinggang. Bagi yang mampu mungkin tak menjadi masalah untuk memulakan hidup baru, macam mana kalau yang tak mampu. Mesti sedihkan. Anak-anak dah nak memulakan persekolahan dan kelengkapan sekolah harus diadakan.

Cepat-cepat Ita bersyukur. Sekurang-kurangnya bank tempat Ita bekerja banyak memberi sumbangan, baju sekolah anak, duit lagi... terima kasih kepada majikan Ita yang sangat perihatin kepada kakitangannya. Sebab itu Ita sangat sayangkan bank tempat Ita bekerja tu. Selalu mengutamakan kebajikan kakitangan. Alhamdulillah..




Semalam.. Ita buat cake pulak. Dah terasa biru je biji mata ni.. nak makan kek. Fikir-fikir dan check bahan-bahan dekat kabinet dapur.. walnut ada, kismis ada, cheese kat peti sejuk ada.. agak-agak apa jenis kek yang sesuai ni ya.. Lama termenung.. CAKE CARROT CHEESE. Okey jugakkan. Rasa kacangnya yang rangup, rasa raisin yang manis ditambah pulak dengan cream cheese..mana tak terujanya. 

Selesai menghantar hubby ke muka pintu semasa dia nak ke pejabat, Ita terus meluru ke dapur. Meninjau-ninjau bahan-bahan.. Buatlah slow-slow.. hingga terjadinya kek kegemaran Ita dan Avin ni. Avin dah tak sabar menunggu saat berbuka puasanya. Avin ni.. kalau kek-kek berasaskan coklat memang dia tidak suka berbanding Adam. Selain kek coklat.., semua kek lain dia hentam.

CAKE CARROT CHEESE

Bahan-bahannya:

A

2 cawan gandum
2 sudu kecil serbuk kayu manis
1 1/2 sudu kecil baking soda
2 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam


B

4 biji telur
2 cawan gula halus
2 1/2 cawan lobak merah
1 cawan kismis
1 cawan kacang walnut
1 1/2 cawan minyak jagung

C
1/2 cawan susu segar

D
Bahan cream cheese:
250 gm cream cheese
4 sudu besar mentega
1/2 cawan gula icing
1/2 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya:

  1. Panaskan oven.
  2. Sediakan acuan  7" X 7". Alas acuan dengan kertas minyak dan sapu mentega.
  3. Ayak semua bahan A hingga rata.
  4. Sediakan bahan B. Gula halus dipukul bersama telur hingga sebati.
  5. Masukkan minyak jagung. Putar lagi sekejap.
  6. Masukkan kismis, lobak merah dan kacang walnut. Kacau.
  7. Masukkan gandum yang di ayak tadi ke dalam adunan telur dan selang selikan dengan susu segar.
  8. Kacau sebati.
  9. Bakar dengan suhu 160C selama 1 jam.
  10. Membuat cream cheese: Campurkan semua bahan dan putar sebati.
  11. Biarlah kek betul-betul sejuk sebelum disapu dengan cream cheese.
Okey dah siap kek kita. Hidanglah untuk rakan-rakan atau tetamu yang bertandang ke rumah. tentu mereka akan datang lagi untuk menikmati kek kamu nanti.. silap-silap mereka akan menempahnya nanti untuk perayaan. Insyaallah.

Bye..assalamualaikum..

selamat mencuba


Comments