CHEESE CAKE

ADAM MINTAK KEK KEJU LAGI..!!


 Assalamaulaikum..., semalam Ita buat cheese cake kegemaran Adam.. dia kan suka sangat makan kek. Tapi tak semua kek lah dia suka. Carrot cheese, Banana Cake, Cheese cake..antara kegemarannya lah tu.. dan.. emaknya pulak suka membuatnya.. memang gandingan mantap lah. Pagi semalam memang dah buat tapi kul dua petang dah tinggal separuh.. takut mengamuk pulak, dia makan tak puas lagi.. lalu maknya pun mengodek-godek lah pulak cheese dari freeze tu..

eeii..hari ni buat kek lagi.. Ita nak balik jenguk ma selepas Adam pulang dari sekolah nanti.., ambik dia kat sekolah terus pulang ke rumah ma. dah dapat restu dah dari hubby pagi ni.. siap berpesan bagai lagi.. takut lupa bawa baju Adam lah, suruh bawa selipar Adam siap-siap lah.. macam pesan kat anak-anak pulak.. kita tahu la..kitakan mak dia...

Jadi yang mana nak cuba respi cheese cake boleh buat sekarang, senang sangat. Jangan nak suruh-suruh orang buatkan ya.. buat sendiri lagi puas, ya lah tentu puashati sebab air tangan sendiri kan..hehehehe.. Nanti kalau selalu-selalu buat lama-lama tak payah nak refer resepi lagi.. jadikan hidangan keluarga..anak-anak tentu akan ingat kita bila dia berada jauh nanti..

Tetiba Ita teringat jer.. masa dulu-dulu.. Masa tingkatan satu Ita dah boleh buat kek. Masa tu..adik-adik kecik-kecik lagi. Ita anak sulung, bila time raya Ita buat kek mesti Ita buat tengah malam. Takut adik-adik makan habis..hehehe..tak sempat raya. Kalau buat tengahari.. angkat kek dari oven tu..dah semua adik-adik mengerumuni Ita.. nakkan kek. Boleh lagi kek sejuk...dah pun habis. Pernah Ita nangis sebab bila buat habis..buat habis.. tak sempat raya.. sekali fikir teruk nya Ita masa tu. Jadi.., lepas tu..kalau buat.. bagi adik adik makan dulu. Malamnya pulak Ita akan buat time adik-adik dah tidur..kul 1.00 pagi gitu.. pastu simpan dan boleh lah hidang di pagi raya... lucu rasanya bila diingat-ingatkan..

CHEESE CAKE

Bahan-bahannya:

2 sudu besar mentega
2/3 cawan susu segar
170 gm cream cheese
4 sudu besar gandum
3 sudu besar tepung jagung
1/3 sudu kecil baking powder
4 biji telur
secubit cream of tartar
2/3 cawan gula halus

Cara-caranya:


  1. Panaskan oven 160C.
  2. Sediakan loyang bentuk LOVE saiz 7"X3"
  3. Alas loyang dengan kertas minyak dan sapu mentega.
  4. Ayak tepung gandum bersama tepung jagung dan baking powder.
  5. Cream cheese di campur bersama susu segar dan mentega.
  6. Masak secara double boiler hingga cheese cair dan sebati.
  7. Asingkan telur kuning dan telur putih.
  8. Sementera itu, putih telur dipukul bersama gula dan cream of tartar hingga kembang dan bertanduk. 
  9. Masukkan gandum ke dalam adunan cheese tadi, kacau guna whisk hingga sebati.
  10. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
  11. Ambil separuh adunan putih telur dan masukkan ke dalam adunan cheese. Kacau hingga sebati.
  12. Masukkan lebihan putih telur tadi dan kacau lagi hingga sebati. Gunakan whisk aje ya.
  13. Masukkan ke dalam loyang/acuan kek.
  14. Bakar cara water bath iaitu letak loyang kek ke dalam loyang lain yang lebih besar dan letakkan air.
  15. Sila rujuk gambar dibawah ya..

Okey.. jangan tak cuba ya.. boleh buat sekarang, anak balik sekolah nanti terus boleh makan..hehehe...

Assaalamualaikum..

Selamat mencuba

Comments

Popular Posts