DAGING GORENG KOBIS

Masakan ringkas.. lauk bersama sayur..


Salam sejahtera.. hari ni.. selera untuk menjamah nasi semakin ada. Ayam?? Ita tak berapa gemarkan ayam berbanding suami dan anak-anak.. Jadi Ita terpaksa memilih daging sebagai lauk Ita. Ita nak daging tu bersama sayur terus sebab nak jimat masa di dapur. Ada lauk dan ada sayur. Setelah siap masakkan sup ayam kegemaran suami dan anak-anak, Ita terus potong kobis untuk dimasak bersama daging.

Daging goreng paling Ita gemari.. entah kenapa dari kecil lagi Ita tak gemarkan ayam. Kecuali ayam kampung.. memang favourite... ayam kampung kalau masak macam mana pun memang Ita suka. Nak-nak kalau masak ayam goreng berempah letak sikit madu.. Fuuuuhs.. memang nikmat betul. Suami lalu kat belakang pun..sah-sah tak nampak. He..he.. Nasib baik suami memahami.. Hari ni.. hubby ke pasar, belikan ayam kampung dan daging serta sedikit ulam. Dia tahu.. tu semua kegemaran Ita. Dah seminggu Ita tak menghadap nasi, dia pun naik risau. Takde Ita.. tak makan sedaplah dia orang..he..he.. tahu takut...

Untuk anak-anak dan suami Ita buat sup ayam.. ayam bandar yang masih berbaki dalam peti ais. Habiskan yang tu dulu.. esok boleh memasak episod ayam kampung pulak.

Mari Ita kongsikan resepi ringkas Ita ni..

DAGING GORENG KOBIS

Bahan-bahannya:

5 keping kobis-bersih dan potong
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 biji cili merah
1/2 biji bawang besar-potong bulat
1/2 kiub ayam
1/2 sudu garam halus
350 gm daging-potong kecil (@ikut suka)
1/2 sudu besar gula
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:

  1. Daging dimasukkan dalam kuali, gaul dengan garam.
  2. Tutup kuali dan guna api perlahan, biar sampai masak.
  3. Bila masak, masukkan minyak.
  4. Masukkan bawang putih dan bawang merah.
  5. Masukkan bawang besar, gula, garam dan kiub pati ayam.
  6. Masukkan kobis. Bila hampir layu masukkan cili merah. 
  7. Kacau sebati. Angkat.



Siap... sedap, ringkas dan cepat. Menu orang yang bekerja macam ni lah. Tak punya banyak masa untuk berada didapur. Dah sinonim dengan masa yang singkat didapur membuatkan Ita terbiasa walaupun pada hari cuti. Menu ringkas dan sedap menjadi pilihan Ita sejak dulu kerana Ita tak mempunyai masa yang banyak. Kalau ambik masa lama-lama di dapur..lewat lah waktu makan malam kami. Kesian pada anak-anak pulak. Balik kerja memang lewat setiap hari. Paling awal pun kul 7.00 @ 8.00 malam baru sampai rumah. Walaupun jarak tempat kerja dengan rumah amatlah dekat tapi kesibukkan kerja tak memungkinkan Ita pulang awal. Jadi kepada suri rumah tu.. bersyukurlah kerana anda tak terbeban dengan dua tugas, tugas kerjaya dan tugas rumahtangga. 

Okey..hingga jumpa lagi lain masa, insyaallah Ita akan cuba kongsikan lagi resepi-resepi Ita.

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts