JUS EPAL SUSU

BANYAKKAN MAKAN BUAH JIKA MAHU SIHAT YA..
 Assalamualaikum.. apa khabar ya... tentu sedang rehat-rehat ya..  Bagi kaum ibu tentu nya terfikir-fikir menu apa nak dihidangkan untuk sarapan pagi esok ya.. Ita pun belum terfikir lagi nak masak apa yang kena dengan selera anak-anak dan suami pagi esok. Nanti-nanti lah ya. Sekarang ni Ita nak share kan jus epal. Ya..ingat ya.. epal yang tak tersenarai dalam epal yang bahaya tu ya.., yang boleh dibeli. 

Ita memang suka sangat dengan jus buah-buahan ni.. nak-nak fresh orange... Masa mula-mula kerja dulu.. hari-hari bawa bekal jus buah. Yang biasa bawa ke pejabat jus orange lah.. kalau jus epal tu.. tak boleh tahan lama, rasa dia akan lain sikit bila lama. Kalau jus oren memang boleh dikatakan tiap-tiap hari lah Ita minum.. suka sangat.

Bila rosak je.. pengisar jus, mesti tak tunggu lama nak membelinya.. Lemah semangat... kalau tak kena dengan jus ni.. tapi sebenarnya kalau tak minum jus pun kita masih boleh gantikan dengan memakan buah terus tanpa dikisar. Tapi lebih sedap bila jadi jus.., campur dengan ais kiub.. alamak.. best sangat..



Mari Ita sharekan cara membuat jus epal susu ya..

JUS EPAL SUSU

Bahan-bahannya:

1 biji epal
1/2 gelas air
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 gelas ais

Cara-caranya:

  1. Potong buah epal dan buang bijinya.
  2. Kisar bersama air hingga hancur.
  3. Tapiskan. Masukkan susu dan kacau.
  4. Masukkan ke dalam gelas dan masukkan ais


Kalau guna pemerah jus, terus campur dengan sedikit air dan susu. Masukkan ke dalam gelas dan masukkan ais.

Wah..., memang sedap sangat. Hilang dahaga ketika badan panas-panas. Kalau segelas ni memang tak cukup tau..

Okey..sehingga jumpa lagi..



Comments