Thursday, 8 January 2015

JUS JAMBU

PENYEJUK TEKAK..


Assalamualaikum... dah lunch? Belum.., jangan tangguh-tangguh tau.. Nanti kena gastrik. Walau sibuk macam mana pun, lunch jangan di abaikan ya. Ni Ita nak share kan jus jambu yang Ita buat untuk lunch Ita hari ni.. dua anak perempuan Ita masih berpuasa. Yang tinggal Ita dan Adam jer untuk lunch tadi.  Jadi Ita masak yang ringkas-ringkas jer. Cukup dengan kari ayam kampung pagi tadi dan sedikit ulam sudah memadai bagi Ita dan Adam. Emm.. bertambah-tambah jugak makannya. Hari ni rasa berselera sikit..  Tambah lagi dengan jus jambu ni.. lagi sedapnya hidangan Ita hari ni..

Mari Ita kongsikan jus jambu yang ringkas ini. Ita buat ni hidangan untuk dua gelas jus ya..


JUS JAMBU

1/2 biji limau nipis
1/2 biji jambu batu - potong -potong ya..
3 sudu besar gula pasir
11/2 gelas air
setitik pewana hijau (optional)
1 gelas ketulan ais

Caranya:


  1. Masak gula bersama sedikit air.
  2. Perah limau nipis. Angkat dan sejukkan.
  3. Cuci buah jambu bersih-bersih.
  4. Kisar buah jambu bersama air termasuk kulit dan bijinya sekali.
  5. Kisar lumat ya. 
  6. Angkat dan tapiskan ke dalam 2 gelas.
  7. letak pewarna hijau jika suka (bg menarik sikit)
  8. Masukkan sirap limau nipis tadi.
  9. Akhir sekali masukkan ais.
  10. Siap untuk dihidang.


Memang menyejukkan tekak ketika panas-panas. Tapi hari ni dekat area Kota Bharu tak panas pun. Kain terpaksa di jemur di tempat teduh. Sekejap-sekejap hujan renyai-renyai.. Takut pun ada. Ya..lah.. takut banjir lagi.. risau.. selalu memikirkan banjir.. kalau nak jadi .., jadi jugak kan.. Tiada yang mustahil bagi Nya. Trauma.. ingat kan banjir hari tu.. sehingga hari ini masih tak siap berkemas lagi.

Apapun..Ita kemaslah perlahan-lahan.. insyallah.. siap lah nanti.

Bye.. Assalamualaikum..