Wednesday, 7 January 2015

KARI AYAM KAMPUNG

AYAM KAMPUNG KEGEMARANKU..



Assalamualaikum.. semua. Apa khabar hari ini.?? semuga semuanya dalam lindungan Allah selalu. Kalau selalu ingatkan Allah tentunya, kita akan lindungi Nya. Harap kita  sama-sama tak lupa pada Maha Pencipta ya..

Hari ini nak Ita kongsikan satu resepi kegemaran Ita. Mana tahu ada yang nak tahu rahsia kari ayam kampung Ita ni.. Nak cuba tak salah..kan? Emm.. rahsia yang teramat rahsia nak Ita kongsikan ni.. hihihi..

Kalau biasa orang masak kari daging, ia kan menggunakan rempah kari daging dan kalau nak masak kari ikan mereka akan gunakan rempah kari ikan. Tapi tak pada Ita. Keenakkannya memang ketara kalau kawan-kawan cuba resepi Ita kali ini. Ya.. Ita menggunakan kedua-dua rempah kari ini sebagai kari ayam kampung Ita.

So.., jangan guna jalan biasa ya... sesekali tu cuba gunakan jalan lain. Baru kita ada pengalaman lain sikit. Apa orang putih kata, 'thinking out of the box'..hihihi... 

Jom Ita kongsikan resepinya. Ini hidangan Ita dan Adam untuk pagi ini. Hanya kami berdua yang sarapan.. Ita buat tak banyak, terus untuk lunch nanti sekali. Save masa..





KARI AYAM KAMPUNG

Bahan-bahannya:

1/4 ekor ayam kampung -potong kecil
3 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris
1 sudu besar rempah kari daging }
1 sudu besar rempah kari ikan  } di bancuh bersama
 dgn sedikit air
1/2 liter air
1/2 cawan santan pekat
1 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 sudu kecil halba
2 biji buah pala
1/2 biji buah keras - ketuk hancur
1 sudu kecil cili kering kisar
1 sudu kecil garam
1/2 kiub pati ayam
1 sudu besar gula
1 biji kentang - belah empat
1 biji tomato - belah dua
1/2 senduk kecil minyak

Cara-caranya :

  1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis hingga layu.
  2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, biji pala, halba, buah keras dan daun kari.
  3. Masukkan rempah yang dibacuh tadi. tunggu hingga terbit minyak.
  4. Masukkan ayam dan kentang. Perlahankan api dan tutup periuk.
  5. Biar hingga ayam empuk.
  6. Masukkan air dan santan. Kacau perlahan-lahan tanpa henti untuk elakkan santan berketul.
  7. Masukkan cili kering kisar.
  8. Masukkan gula, garam dan kiub pati ayam. Sesuaikan rasa.
  9. Akhir sekali masukkan tomato.
  10. Siap untuk dihidang bersama nasi.
Oowhh.. sedap.. memang sedap..nak-nak kalau ada pulak roti. Boleh lah dicicah dengan roti.. emm terangkat punya..hihihi...

Selamat mencuba...

Assalamualaikum..