KEK MARMAR COKLAT GELAP

KEK LAGI.. MAKIN TUA NAFSU MAKAN MENJADI-JADI PULAK..




Assalamualaikum.. apa khabar semua. Selamat tengahari ya. Masak apa kawan-kawan hari ni.. Ita nak masak yang simple2 aje sebab pagi-pagi dah makan kek. Rasa kenyang pun ada.. lagi, jadi rasanya tengahari ni kena gaya yang simple-simple aje lah.. Nak masak berat-berat sikit tunggu hingga hidangan dinner nanti lah.. Tungu hubby balik kerja..

Baru dua hari tak makan kek, dah rasa macam lama tak makan kek, he.hehe..patutnya dah tua-tua macam ni kena kurang lemak-lemak kan.. makanan kena jaga. Tapi nampaknya makin tua makin kuat nafsu makan ni..

Okey pagi tadi Ita buat kek marmar coklat gelap. Kebetulan nak kemas-kemas rak bahan-bahan kering.. terlihat koko gelap yang Ita beli dan tak digunakan lagi. Nak tunggu bila ni..baik buat sekarang nanti kalau simpan lama-lama tak elok pulak. Dan Ita pun mulakan lah buat kek setelah anak-anak ke sekolah.. kira awal lah hari ni buat kek. Pastu terlihat limau sunkist pulak..teringin pulak nak makan kek oren, bukak peti tengok ada lagi parutan kulit oren yang Ita beli..emm apa lagi 2 biji kek lah hari ni...

Tak semena-mena pulak tengok epal kat peti..terasa pulak nak minum air epal.. maka jadinya..air epal susu bersama 2 biji kek lah pagi ni...hehehe...kuat makan betul makan ya..


Macam mana? Nak cuba? Mari Ita share kan resepinya ya..

KEK MARMAR COKLAT GELAP

Bahan-bahannya:

4 biji telur
250 gm mentega -Ita guna buttercup
250 gm gula
250 gm tepung naik sendiri
1/3 sudu kecil baking powder
100 ml susu cair
1/2 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil serbuk koko gelap - bancuh dengan sedikit air

Cara-caranya:

  1. Panaskan oven 160C.
  2. Sediakan loyang 7"X7" dan dialas dengan kertas minyak serta disapu dengan mentega.
  3. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
  4. Masukkan telur satu persatu..
  5. Masukkan esen vanila.
  6. Pukul sebati. Masukkan gandum di selang selikan dengan susu cair.
  7. Putar lagi hingga adunan gebu.
  8. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  9. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko gelap yang dibancuh tadi. Kacau sebati.
  10. Tuangkan ke dalam adunan secara berselang seli. Goyang2 kan acuan supaya kek merata.
  11. Bakar selama 45 minit dengan suhu 160C.
Okey.. dah siap..mudahkan.. lepas balik kerja pun masih sempat buat tau..! Kek ni memang senang dan tak banyak bahan yang diperlukan. Masa membakar nya pun sekejap ajer.. jadi tiada alasan untuk kata susahkan.

Ita suka sekali bereksperimen dengan makanan. Mencuba mencipta resepi resepi kegemaran. Ita tak risaukan pembaziran kerana suami ade jer.. untuk makan setiap persembahan hidangan Ita, malah galakkan dorongannya menambahkan lagi semangat Ita untuk berada di dapur lebih lama.

Tapi..masa suami takde di rumah lah kan.. kalau dia ada di rumah Ita cuba elakkan untuk berlama-lama di dapur. Takut nanti dia terasa diabaikan pulak.. 

Okey sehingga jumpa lagi ya..

Assalamualaikum..

Selamat mencuba

Comments

Popular Posts