MAKARONI BAKAR CHEESE

MAKARONI FAVOURITE HUBBY DAN ANAK-ANAK..


Assalamualaikum.. selamat petang semua. Petang ni Ita nak kongsikan satu resepi makaroni. Ita decide nak buat Makaroni Bakar Cheese. Hubby suka makaroni bakar dan anak-anak Ita sukakan cheese. Jadi Ita gabungkan kedua-duanya menjadikan Makaroni Bakar Cheese. Nampaknya berhasil bila .. tengok ramai lak yang berulang alik masuk dapur keluar dapur..he..he...

First time buat makaroni dulu..simple-simple ajer..tapi lama-lama kelamaan kita makin kreatif untuk menambah apa-apa yang kita suka. Lama kelamaan kita akan dapat apa yang kena dengan citarasa kita. Dan..jadilah resepi kita untuk dinikmati oleh anak-anak dan suami.

Kali ini Ita letak cheese banyak-banyak kerana nak memenuhi selera anak-anak yang sukakan cheese. Boleh dikatakan setiap bulan Ita akan buat makaroni bakar ni..kerana hubby dan anak-anak sangat sukakanya. Ya..lah.. mereka memang peminat kari tegar. Kalau hidangan yang bersumberkan kari memang terlajak laris kat rumah Ita. Sampai kawan-kawan Ita memang terkejut bila melihat Ita beli kari satu kilo sekali beli..he..he.. Mereka tak tahu yang hidangan Ita memang banyak yang berasaskan kari. Karipap, pau ayam, chicken puff, martabak ayam.. tu semua hidangan yang selalu Ita buat selain dari lauk pauk dari pelbagai jenis kari.



Jom, Ita kongsikan resepinya ya..


MAKARONI BAKAR CHEESE

Bahan-bahannya:


A
3 cawan makaroni
             1 liter air              
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil garam

B
1 biji cili merah-cincang halus
1 tangkai daun sup - cincang halus
1 biji bawang - cincang halus
2 sudu besar rempah kari-bancuh dengan sedikit air
300 gm ayam - cincang halus
1 sudu teh garam
1/2 sudu besar gula
1/2 kiub pati ayam
1 ulas bawang merah-cincang
3 ulas bawang putih - cincang
1/3 senduk minyak untuk menumis

C
2 cawan susu segar
4 biji telur.

D (sos)
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1/4 cawan cuka
3 sudu besar air

E (Bahan Tabur)
1 tangkai daun sup-cincang halus
1 biji cili merah- cincang halus
50 gm cheese-diparut

Cara-caranya:

  1. Bahan A direbus hingga makaroni empuk.
  2. Angkat dan tapiskan.
  3. Sediakan bahan B.
  4. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih hingga naik bau.
  5. Masukkan rempah kari. Kacau rata. Masukkan garam, gula dan kiub pati ayam.
  6. Masukkan ayam. Tutup kuali dan perlahankan api. Biar ayam empuk.
  7. Masukkan daun sup dan cili merah. Sesuaikan rasa.
  8. Angkat dan ketepikan.
  9. Bancuh bahan C hingga sebati. Kacau perlahan-lahan guna whisk.
  10. Masukkan makaroni yang telah direbus tadi ke dalam acuan yang disapukan minyak jagung.
  11. Masukkan bahan B yang dimasak tadi dan gaul rata-rata.
  12. Curahkan bahan C. Biar rata-rata ya..
  13. Bakar hingga 35 minit dengan suhu 170C.
  14. Sediakan bahan D. Dalam periuk, masak kesemua bahan D hingga gula hancur. Guna api perlahan. Angkat dan ketepikan.
  15. Sambil itu sediakan bahan E. 
  16. Bila makaroni dah masak, angkat. Taburkan cheese yang telah diparut tadi.
  17. Taburkan daun sup dan cili merah.
  18. Bakar semula selama 5 minit. Angkat.
  19. Hidangkan bersama sos.


Okey.. boleh hidang bersama sos ya.. sedap.. tak rugi jika kawan-kawan dan adik-adik mencubanya. Tak kenal maka tak cinta.. Dah kenal selalu nak rasa...

Bye.. assalamualaikum..

Selamat Mencuba

Comments

Popular Posts