MASAK LEMAK PETOLA

LAMA TAK PEKENA MASAK LEMAK PETOLA..


Assalamualaikum... apa khabar. Ita sibuk sikit hari ni. Banyak kerja yang tak sempat nak dihabiskan. Sampai ke malam nampaknya malam ni. Harap-harap cepat siap., bolehlah tidur awal. Hmm.. dah doktor bagi rehat..., rehat.. rasa boring lak. cari kerja..bila dah kerja tak ingat dunia pulak.. hehehe.. Tapi lewat sikit masak untuk makan malam. Hubby pun dah cakap, dia pulang lewat sikit. dan Ita pun, bertangguh pulak memasaknya. Tapi alhamdulillah.. dah siap sempurna dinner kami. Cumanya takde dessert malam ni, dek kerana Ita tak sempat. Jadi Ita  hidangkan pisang berangan sahaja untuk anak-anak. Janji ada desert, ya tak? 

Malam ni...nak lah Ita kongsikan resepi Masak lemak Petola. Petola?? Jenuh Ita google nama sayur ni..sebab dari kecik sampai ke tua Ita cuma panggil sayur ni..adalah TENE.. hahaha..jadi tak cekak nak google la wei tak tubek..namo dio... rupa-rupa nya dia nama petola. Sebab kalau di Kelantan petola yang licin panjang tu.. Memang di Kelantan kita sebut petola ular yang tu.. hihihi..lucu pun ada. Sakit perut bila dengar nama dia petola ya.. 

Tak mahu banyak cerita lah, mari Ita kongsikan resepinya ya..

MASAK LEMAK PETOLA

2 batang petola/tene
1 biji bawang besar - potong bulat
1 biji cili merah - potong panjang
12 keping tauhu - goreng dan potong
1 ketul soon - rendam dalam air hingga lembut
1 keping fucuk - rendam hingga lembut
1 liter air
1 cawan santan
1/2  sudu besar garam kasar
1/2 kiub pati ikan bilis

bahan kisar:

3 ekor ikan selayang - rebus
4 biji bawang merah
1 sudu besar lada hitam

Cara-caranya:


  1. Dalam periuk masukkan air, santan dan bahan kisar.
  2. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan petola @ tene. Biar hingga sayur lembut.
  4. Masukkan garam, soon, fucuk, kiub ikan bilis, cili merah dan bawang besar.
  5. Bila masak, masukkan tauhu goreng. Tutup api.
  6. Hidang ketika masih panas akan dapat rasakan kesedapannya.






Okey hingga jumpa lagi..

Assalamualaikum

Selamat mencuba..

Comments

Popular Posts