MEE MAGGI KARI

MAKAN TAK LALU TIDUR TAK LENA...


Salam sejahtera... emm...dah seminggu tak makan nasi.. takde selera. Kalau sampai angin takde selera macam ni lah.. tapi kali ini lama sangat. Sampai seminggu.. asyik masak untuk hubby dan anak-anak jer.. Walaupun perut terasa lapar, namun selera untuk menjamah nasi tetap tak ada.

Tiba-tiba hari ini terasa nak makan maggi kari. Walhal, Ita ni bukan suka sangat dengan maggi. kalau di rumah ma .. memang diharamkan maggi kat rumah. Kami adik beradik memang tak pernah merasa makan maggi di rumah. Kata ma.., maggi adalah makanan tak bagus. Tapi setelah berkahwin, suami sangat sukakan maggi.. oohh.. amat berlawanan. Mungkin semasa bujangnya suami banyak bergantung pada maggi sebagai makanan yang paling cepat untuk di siapkan sebelum ke tempat kerja. Hingga lah berkahwin, dia dapat mengurangkan makanan ini kerana Ita selalu memasak makanan yang kena dengan seleranya. Alhamdulillah...

Bila tengok maggi kari yang dibeli untuk persediaan banjir hari itu.. Ita terasa nak merasainya pulak. Dan.. bermulalah pengembaraan Ita dengan maggi kari hari ini. Tapi taklah Ita rendam 2 minit seperti yang iklankan tu.. he..he.. Ita olahkan dengan apa-apa yang ada dalam peti ais.

Jom Ita kongsikan resepi maggi kari ini..


MEE MAGGI KARI

1 peket mee kari maggi
2 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - hiris
1 pokok sawi - potong
1 biji tomato - belah 2
330 ml air
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:


  1. Panaskan minyak. tumis bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan air. Bila mendidih, masukkan perencah kari.
  3. Jika sukakan ayam, bolehlah dimasukkan ayam yang dipotong kecil-kecil.
  4. Masukkan sawi. Kacau.
  5. Akhir sekali masukkan maggi. Masukkan tomato.
  6. Jangan biarkan terlalu lama, nanti maggi akan terlalu lembik.
  7. Angkat dan terus dihidang panas-panas.
Oowwh... rupa-rupanya sedap jugak. Tapi harap-harap Ita jangan lah suka sangat. Sebab, Ita tetap ingat pesan mak...

Bye.. assalamualaikum...

Comments