NASI GORENG BIASA
LAGI-LAGI NASI GORENG..
Jadi.., jangan lah di jadikan alasan tak sempat ya.. makan di rumah lebih bagus sebenarnya. Tapi sekali-sekala kena ubah selera jugakkan.. tak salah..
Okey.. hingga jumpa lagi.. Nanti petang insyaallah Ita akan kongsikan Triffle Sweet dengan kawan-kawan semua..
Assalamualaikum..
Assalamualaikum.. bila nasi lebihan malam tadi masih ada.. Ita tak mahu membazir.. masak balik sebagai nasi goreng untuk breakfast pagi ni. Alhamdulillah kena dengan selera Adam. Dia memang menyukai nasi goreng. Sebelum ke sekolah tadi sempat dia bersarapan dengan nasi goreng kegemarannya. Lega hati bila dia dapat makan sebelum ke sekolah. Ita amat risau kalau anak-anak ke sekolah tanpa makan. Takut bila sampai di sekolah dia berebut-rebut kat kantin untuk makan dan masa singkat dia tak sempat nak makan. Itu yang Ita risau. Lagi pun kalau dia makan di rumah Ita tahu apa yang di makan. Dan paling pasti makanan tu okey sebab kita yang masak kan..
Nasi goreng biasa yang Ita hidang pagi ni sangatlah ringkas, kerana masa yang suntuk Ita tak sempat nak lembutkan ayam dari peti sejuk. Jadi Ita gantikan dengan ikan bilis dan telur sahaja. Masih ada kesedapannya. Tambah kobis banyak-banyak lagi sedap. Meh! la Ita kongsikan resepi ringkas ini ya..
Nasi Goreng Biasa
2 cawan beras - dimasak nasi
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili padi (nak pedas boleh tambah ya)
3 keping daun kobis
1/2 cawan ikan bilis
1 biji telur
1/2 kiub pati ikan bilis
1 sudu kecil garam halus
3 sudu besar minyak masak
cara-caranya:
- Tumbuk bawang putih, bawang merah dan cili padi hingga lumat.
- Panaskan minyak masak. Tumis bahan tumbuk tadi.
- Masukkan garam, pati ikan bilis dan kacau rata.
- Masukkan ikan bilis dan goreng sekejap.
- Masukkan telur dan kacau cepat-cepat supaya ia hancur.
- Masukkan kobis dan nasi. Kacau rata. Jangan biarkan kobis terlalu layu. Lebih sedap jika ia setengah masak.
- Sesuaikan rasanya.
Cepat, ringkas dan mudah.. ini lah hidangan ekspress untuk yang nak cepat pada masa yang terhad.
Jadi.., jangan lah di jadikan alasan tak sempat ya.. makan di rumah lebih bagus sebenarnya. Tapi sekali-sekala kena ubah selera jugakkan.. tak salah..
Okey.. hingga jumpa lagi.. Nanti petang insyaallah Ita akan kongsikan Triffle Sweet dengan kawan-kawan semua..
Assalamualaikum..
Comments
Post a Comment