NASI GORENG BUDU

BILA EMERGENCY SEMUA JADI..





Assalamualaikum.. selamat pagi semua... semuga semuanya dalam keadaan yang baik-baik belaka. Makan apa dah pagi ni?? Apa pun yang kita makan semua tu rezeki Allah s.n.t kan.. jadi banyak-banyaklah bersyukur ya..

Hari ni Ita nak kongsikan satu resepi nasi goreng. Nasi goreng budu ni tercipta bila suatu hari tu.. Ita nak goreng nasi tapi garam dah habis, masa tu tinggal kat rumah flat perumahan kerajaan..hehehe.. Tinggal di tempat tinggi menyebabkan Ita rasa teramat malas nak turun naik tangga. Bila apa-apa jer yang tertinggal.., dan kita dah kat atas.. upah 50 sen dah tak mahu turunkan. Nak-nak kalau bulan puasa.. lagi la.. ya Allah..mak!!!!

Then, bila garam dah habis tu, Ita tak mahu turun dan pagi-pagi semua orang sibuk nak kejar masa. sapa nak pergi cari atau beli.. hihihi.. ^-^.

Terfikirlah nak letak budu, hahahaha... pastu bila letak tu rasa sedap pulak. Then, jadilah resepi terjun yang boleh diguna pakai sampai sekarang.

Okey tak mahu cerita panjang-panjang, mari Ita kongsikan resepinya ya..

NASI GORENG BUDU

4 Mangkuk nasi
1/2 cawan bunga lili kering - rendam air sekejap
1/2 cawan ikan bilis - rendam air sekejap
3 kelopak kubis - potong
2 sudu besar udang kering
4 sudu besar budu
garam (suka hati-kalau nak masin buleh tambah sikit)
1/2 liub pati ikan bilis
3 sudu besar minyak
2 biji telur

Bahan tumbuk

4 biji bawang merah
3 biji cili padi
3 ulas bawang putih

Cara-caranya :

  1. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.
  2. Goreng hingga layu, masukkan ikan bilis, udang kering dan kacau rata-rata.
  3. Masukkan telur dan kacau cepat-cepat supaya telur hancur.
  4. Masukkan budu. Kacau.
  5. Masukkan bungga lili dan kubis. Kacau dan masukkan kiub pati ikan bilis.
  6. Akhir sekali masukkan nasi dan kacau rata-rata biar semua bahan bergaul mesra.
  7. Sesuaikan rasa. kalau tak cukup masin bolehlah tambah garam ya.


Okey.., kan senangkan. Sesiapa yang sukakan budu tu,,mesti kena cuba nasi goreng ni.. memang terangkat lah.. rasanya. Sampai mak ayah lalu kat belakang pun tak perasaan.. sah-sah..tak perasan.

Hingga jumpa lagi..

Assalamualaikum..

Comments

  1. wow wow wow .. agak mengujakan bila nampak pakai baju kitchen tu
    sudi sudikan singgah di web kami ye di link bawah.

    Resepi Premium Percuma Untuk Orang Asia

    ReplyDelete
  2. sedap...mak buyung kt tmpt kje ad request suh masak nc goreng ni..okay besok bt..tq for the recipe👍👍

    ReplyDelete

Post a Comment