NASI GORENG TAUHU

SARAPAN PAGI YANG TERAMAT SIMPLE..

 Assalamualaikum.. apa khabar?? Harapan Ita semuga semuanya dalam keadaan yang baik-baik ya. Makan apa pagi ni ya.. Ita bangun pagi ni.. tengok ada lebihan nasi malam tadi..  Kebetulan terlebih masak nasi, Ita masak kedua kali malam tadi takut tak cukup tapi.. silap terlebih pulak. Jadinya, tak mahukan pembaziran, Ita rasa patut buat nasi goreng. Ita sukakan tauhu goreng, jadi Ita ciptakan nasi goreng tauhu..hehehehe... ^-^.

Kebetulan tauhu ada banyak dalam peti sejuk, maka nya..menjadi-jadilah selera Ita. Emm.. masuk je mana yang berkenan dihati. Proses memasak menjadi cepat bila bahan-bahan dah ada dalam peti. Bawang merah dan putih pun dah siap dikupas. Tak mahu cerita panjang-panjang.., jom Ita kongsikan rahsia nasi goreng tauhu Ita yang tak menjadi rahsia lagi kini..hehehe..


NASI GORENG TAUHU

Bahan-bahannya:

1 keping tauhu - goreng dan potong
4 cawan nasi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili api
1 tangkai daun sup - hiris halus
200 gm daging-digoreng terlebih dahulu
1/2 kiub pati ikan bilis
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun kubis - potong
3 sudu besar minyak masak

Cara-caranya:


  1. Tumbuk lumat bawang putih, bawang merah dan cili padi.
  2. Panaskan minyak. Masukkan bahan tumbuk. Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan kubis, kacau rata. Pecahkan telur, kacau cepat-cepat supaya telur hancur.
  4. Masukkan garam, kiub pati ikan bilis dan nasi. Kacau rata-rata.
  5. Masukkan tauhu goreng dan daging goreng. Kacau rata.
  6. Sesuaikan rasa. Tabur daun sup semasa menghidang.



So.., malam ni kawan-kawan boleh masak nasi lebih-lebih ya.., pagi esok boleh buat nasi goreng tauhu ni ya.. sedap..

Sehingga jumpa lagi..

Assalamualaikum..

Comments