PANCAKE

PANCAKE UNTUK ADAM..



Assalamualaikum... bertemu kembali. Semuga kawan-kawan semua sukses ya.. Ita pagi ini sediakan pancake untuk Adam. Teringat Ita kalau bercuti dan stay dekat hotel, selalu nya anak-anak akan memilih pancake sebagai sarapan pagi. Kebiasaannya, hotel-hotel akan menyediakan pancake disamping kuih muih lain. Dan.. anak-anak Ita akan mengemarinya. Jadi, .. Ita ni pantanglah kalau anak-anak dah suka tapi tak buat. Sekarang, pancake telah menjadi salah satu hidangan ringkas kami..

Si kakak Adam berdua..merungut dah pagi ni kerana Ita buat pancake hari ini sedangkan mereka berpuasa. Terliur awal-awal pagi ni.. kesiannya. Don't worry.. later umi akan buatkan lagi untuk mu nak.. Pagi ini kita bagi Adam makan dulu. Nampaknya Adam amat gemarkan pancake ini. Nak bagi sesuatu yang membuka selera dia susah jugak. Kanak-kanak ni bukan macam orang dewasa yang hentam semua makanan. Jadi kena cari dan search sesuatu hidangan yang kena dengan selera dia baru nak makan.

Nak membuatnya taklah susah mana, cuma antara nak dan tak aje kan. Memasak bukan satu masalah pada Ita. Dapat memuaskan hati anak-anak dan suami itu yang penting. Nak kena tahu apa jenis makanan yang suami suka dan anak-anak mahu. Bila dah tahu selera masing-masing, ia akan menjadi senang untuk kita berkarya di dapur. Pastu jangan masak masakan yang sama selalu. Selalu tukar-tukar menu supaya ianya tak menjemukan.

Kalau selalu kita masak lauk dengan nasi, sekali sekala tukar kepada mee sup ke.. nasi ayam ke.. nasi minyak ke.. kena  kreatif sikit. Baru anak-anak tak jemu. Tapi alhamdulillah.., anak-anak Ita dan suami tak lah cerewet sangat. Ita pernah juga mendengar teman-teman Ita yang merungut suami dan anak-anak mereka amat cerewet pasal makan. Sayur tak makan.., kuih yang lembik-lembik tak makan.. susah jugak tu.. nak mencari hidangan yang kena selera mereka. Alhamdulillah Allah permudahkan..

Jom kita ke resepinya ya;

Pancake

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar gula (nk manis blh tambah lagi gula)
1 cawan susu segar
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 biji telur
2 sudu besar mentega - cairkan
1 sudu kecil garam

Caranya:


  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
  2. Pukul telur. Masukkan gula, mentega cair dan garam.
  3. Masukkan susu segar.
  4. Masukkan gandum dan kacau dengan whisk hingga tak bergentel.
  5. Panaskan kuali leper tanpa lekat.
  6. Sapukan minyak.
  7. Sendukkan 1 1/2 senduk ke dalam kuali. Perlahankan api.
  8. Bila nampak warnanya keperangan, balikkan.
  9. Ulang hingga habis adunan.
  10. Hidangkan bersama sirap madu.

 

Si Adam tidak menyukai sirap madu, so..  Ita sediakan susu pekat manis sebagai pencecahnya. Bartambah-tambah dia makan pagi ni.. nampaknya ..lewatlah makan tengahari nanti dia. Nak-nak yang tinggal Ita bersama dia aje yang akan lunch. Tengah fikir-fikir ni nak masak apa sebagai lunch kami berdua..

Okey hingga jumpa lagi..

Assalamulaikum..

Comments

Popular Posts