PUDING KASTAD PISANG

HARI NI KITA BERPUDING LAGI..

Assalamualaikum.. selamat pagi semua. Harapan Ita semuga semuanya dalam keadaan yang baik-baik belaka. Alhamdulillah.., dikurniakan lagi rezeki dari Allah s.n.t. Syukur banyak-banyak.

Pagi ini Ita nak sharekan puding yang Ita buat untuk petang kemarin. hehehe.. malas nak update malam tadi., jadinya pagi ni rasa free sikit, lalu Ita update kan. Resepi puding ni adalah resepi keluarga.. kalau malas-malas nak fikir banyak, Ita akan buat puding ni.. tapi walaupun ringkas ia tetap sedap pada tekak kami anak beranak. hehehehe..

Teringat pisang yang diberi oleh rakan sepejabat suami..masih masak dan tak lembik sangat..sangat sesuailah untuk buat puding ni. Nanti bila masak ranum tu..bolehlah buat kek pisang dan en suami bolehlah bawa ke pejabat nya. Pulangkan kembali kepada pemberi pisang ni dalam bentuk kek pulak..hehehe.. boleh ke camtu..

Lepas-lepas lunch.., memang sedaplah kalau pekena dengan puding ni.. sejuk jer tekak kan. Tak usah panjang lebarlah Ita berceloteh..mari Ita kongsikan resepi ni.. pastu check barang-barang kat dapur..tu bolehlah terus buat kan..

PUSING KASTAD PISANG

10 gm agar-agar serbuk
3 cawan gula 
1300 ml air
3 sudu besar tepung kastad
1 1/2 cawan susu cair
3 biji telur
3 biji pisang-hiris nipis
2 sudu besar serbuk koko (Ita guna serbuk koko gelap)-bancuh dengan sedikit air panas.

Cara-caranya:-

  1. Panaskan air, serbuk agar-agar dan gula.
  2. Tunggu hingga mendidih dan gula hancur.
  3. Sementara itu, bancuhkan telur, tepung kastad dan susu cair hingga sebati.
  4. Tapis agar adunan tidak berketul.
  5. Masukkan ke dalam agar-agar tadi.
  6. Kacau perlahan-lahan tanpa henti supaya tidak berketul
  7. Bila pekat, ambil satu pertiga bahagiannya dan masukkan serbuk koko yang telah dibancuh dengan sedikit air panas.
  8. Sediakan acuan. Masukkan 1/3 adunan kuning dan letak pisang yang telah dihiris nipis. Masukkan sekejap ke dalam peti ais.
  9. Bila keras, curahkan adunan serbuk koko tadi dan letakkan hirisan pisang.
  10. Masukkan semula ke dalam peti ais.
  11. Bila beku, curahkan semula adunan yang berbaki tadi.
  12. Masukkan semula dalam peti ais dan tunggu hingga keras sebelum dipotong.


Okey.. dah siap puding kita.. jangan tak cuba tau..memang sedap.. dan teramatlah ringkasnya. sambil-sambil masak untuk makan tenghari pun boleh buat. Berseri sedikit meja makan tu kalau ada puding kan..

Sebenarnya kita boleh kembang kan kreativiti kita dengan berpuding ni.., asalkan kita dah pandai menagak sukatan agar-agar dan tepung kastad ni. Kita boleh letakkan pelbagai perisa dan buah-buahan kegemaran kita tanpa memikir ia jadi atau tidak. janji puding cukup pejal dan tidak cair.., itu sudah memadai. Lagi pun kalau anak-anak tak suka buah.., kita boleh ubah dengan cara membuat puding seperti ini. seperti Ita, dulu Ita tak sukakan betik tetapi setelah buat puding betik ..,  Ita elok jer dapat makan. Nak cantikkan kulit kena banyak makan buah seperti betik dan buah-buahan lain..

Okey hingga jumpa lagi lain masa.. ya. Insyaallah Ita akan kongsikan lagi resepi-resepi yang mana Ita ada. kepada kawan-kawan tu..yang tak sempat Ita balas mesej untuk dapatkan resepi Ita minta  maaf ya.. kadang-kadang kesibukan membataskan ruang untuk Ita berlama-lama dengan handphone..hihihi..

Selamat mencuba

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts