PUDING PELANGI SOYA

MUDAH, CEPAT DAN RINGKAS..




Assalamualaikum.. apa khabar pagi ini. Semuga semuanya dalam lindungan Allah snt. Ita bersendiri lagi pagi ini.. sunyi dan bisu jer rasanya. kalau ada anak-anak boleh lah bertekak dengan anak nak mintak tolong itu dan ini. Tapi bila semuanya tiada..bisu pulak jadinya. Emm.. sebenarnya masa ni lah masa yang paling tepat untuk muhasabah diri. Duduk diam-diam..fikir-fikir, ingat-ingat masa akan datang. Mengalir lak air mata... sedih, menyesal, hiba, terharu semuanya bercampur satu. 

Sedih dan menyesal kerana sedar dengan dosa-dosa yang pasti kita buat dan dasa-dosa tanpa sedar. Yang sedar tu.., boleh lagi nak mintak maaf.. dengan mak ke..saudara mara mara ke.. yang tanpa sedar tu macam mana. Ya Allah, pilunya rasa dihati. Sebab itu bila ingin buat tahajud malam, Ita pastikan dulu buat sunat taubat. Nak jugak buat.., sebab kita tak tahu tuhan terima atau tidak taubat kita. Jadi, Ita nekad nak buat selalu.

Yang dosa orang dengan Ita, Ita tak mahu nak pertikaikan, yang dosa kita dengan orang lain yang Ita sedih. Sedih kalau tak dapat jumpa dan minta maaf. Bimbang perbuatan, percakapan dan sikap kita menguris dan menyakitkan hati orang lain tanpa kita sedar.

Sebab tu, bila Ita fikir, Ita kena sakit macam ni, Ita harap ianya kifarah untuk Ita. Dan masa ni lah masa yang sepatutnya Ita gunakan untuk mengembalikan iman Ita yang setipis kulit bawang sebelum ni. Masa yang diberikan ini akan Ita gunakan untuk membuat amal-amal yang tertinggal dan menambah amal-amal yang terkurang. Ita memang mengharap sangat supaya ianya jadi suatu sikap yang kekal dalam diri Ita. Istiqamah orang kata.. 

Hari ini Ita nak kongsikan satu resepi ringkas jugak. Puding Pelangi Soya. Puding ni..Ita buat malam tadi. Bila buka kabinet ada sekotak lagi soya yang belum diminum. Takut lama-lama expired pulak.. Jadi Ita terus jer main campak-campak bahan-bahan dalam periuk. Masak jer terus masuk dalam acuan. Pagi ni..tengok cantik pulak. Rasanya..emm boleh tahan. Bolehlah buat hidangan desert lunch and dinner. Lunch nanti pun, Ita makan sorang jer.. kena tungu dinner baharu lah dapat berkumpul..

PUDING SOYA

1 kotak besar air soya
10 gm serbuk agar-agar
1 liter air
1 cawan gula
perisa jagung, sirap dan pandan

Cara-caranya:


  1. Dalam periuk masukkan air, gula dan serbuk agar-agar. 
  2. Panaskan diatas api sederhana. Bila mendidih.. bahagikan kepada 3 bahagian.
  3. Bahagian satu dicampurkan dengan sedikit sirap ros dan kalau mahu warna lebih terang letakkan setitik warna pink. Kacau rata.
  4. Masukkan ke dalam acuan. Letakkan dalam peti sejuk.
  5. Bila agar-agar tadi sudah keras, masukkan adunan ke dua dan begitulah seterusnya.
  6. Letakkan dalam peti ais hingga beku.

Okey dah siap puding soya kita.

Selamat mencuba..

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts