PUDING TRIFFLE

SEDAP TAK TERKATA...

 Assalamualaikum.. apa khabar.. semua. Harap malam ni semuanya sihat-sihat yer.. Ita macam biasa jer.. bila dok umah sorang-sorang macam ni.. boring teramat lah.. jadi Ita nak ambik kesempatan ni untuk melunaskan janji Ita nak kongsikan Puding Triffle. Tak pasti..ramai ke tak yang suka kan puding ni.. Makan puding ni di tengahari memang sedap sebab bila keluar dari peti ais tu ia masih sejuk.. Ita suka kan cream nya.. campur pulak kek.. emm memang sedap.

Nak membuatnya memang teramat simple dimple..hihihi.. Nak-nak kalau memang dah ada kek-kek yang berbaki. Mudah urusan. Ni pun Ita gunakan kek chiffon yang berbaki. Kek nya boleh juga digunakan kek span. Biasanya, ramai yang menggunakan kek span. Oleh kerana Ita bukan lah purposely nak membuat puding ni, kerana Ita mempunyai kek yang berbaki, jadi terjadilah puding triffle terjun ni.. Tak membazirkan..

 Rasanya sedap, tapi lebih tertarik nak membuatnya kerana nampak cantik jer.
Nak-nak pulak ada buah strawbery dan cherry lebihan buat victorian kek hari.., jadi tak mahu membazir lah kononnya.

Alahai..bila dah buat tu.. susun pulak dalam peti sejuk cantik-cantik..lagi lah suka. Dah kita memang suka ambik gambarkan.. kalau yang cantik-cantik tu.. lagi suka nak mengambil gambarnya. Hobi sejak lahir..hehehehe..

Ma (mak kita) selalu jer suruh kita jimat masa kat asrama dulu. Yang kita ni dok beli filem gambar jer memanjang.., rela ikat perut.. hihihi.. tapi kalau lah anak kita sekarang buat macam tu kita marahkan..hihihi.

Mesti tak sabar ni nak tahu apa bahan-bahan yang Ita gunakan. Ye ke.. Sabar.. nanti kita bagi tahu yer..


PUDING TRIFFLE

1 keping kek span/ chiffon
1/2 cawan non-diary whipping cream
1/2 cawan rasberry filling
Buah cherry dan strawberry secukupnya
sedikit coklat cair

Cara-caranya:

  1. Whipping cream di putar hingga kembang.
  2. Potong kek span sama saiz dengan gelas puding.
  3. Letakkan didasarnya.
  4. Masukkan whipping cream.
  5. Kemudian masukkan rasberry filling.
  6. Masukkan kek span sekali lagi dan letakkan whipping cream.
  7. Curah coklat cair.
  8. Hias dengan buah cherry dan strawberry.
  9. Siap untuk dihidang atau simpan dalam peti ais..




Okey..hingga jumpa lagi di lain waktu.. selamat mencuba.

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts